…Minggu pertama aku dan kawan-kawan seperjuangan di UBD adalah minggu perkenalan dan penyesuaian. Berjalan mencari tempat kuliah ke sana ke mari merupakan perkara biasa di waktu itu. Mengenali para pensyarah yang mempunyai pelbagai pengalaman membuatkan kita merasa merendah diri dan kurangnya ilmu… adakah aku akan dapat meneruskan pengajian ku di universiti ini? …mampukah aku…ternyata setelah 6 bulan berlalu dengan berbagai cabaran dan rintangan.. waktu kuliah yang tidak menentu, banyaknya kerja kursus yang perlu disiapkan…, pembentangan esei dan kertas kerja…, berbagai esei dan projek yang perlu disiapkan dalam tempuh yang ditetapkan oleh pensyarah…akhirnya kami menempuh peperiksaan dan ternyata kami semua berjaya mengharungi cabaran tersebut… aku dan kawan-kawan seperjuangan yang terdiri dari 8 orang individu yang berbeza kemahiran dan kepintaran masing-masing serta mempunyai peribadi teguh tersendiri tidak menghampakan harapan semua orang…markah paling rendah kami perolehi sebagai average ialah B+ di dalam peperiksaan…sungguh mengharukan dan tidak sia-sia usaha yang dilakukan.

Namun semua itu tinggal kenangan… sekarang kami 8 rakan seperjuangan berusaha untuk menyelesaikan kajian masing-masing dengan tajuk yang dipilih sendiri…semoga kita akan sama-sama meraih kecemerlangan dan dapat menyiapkan kajian masing-masing…mampukah aku …Tuhan maha pemurah dan maha penyayang…tolong dan bantulah hamba mu ini ya Allah…

 

 Tarekat ini mula bertapak di Negara Brunei Darussalam pada awal tahun 80′an. Tempat berkumpul bagi Tarekat ini sering berubah-ubah mengikut keadaan dan situasi. Akhirnya Tarekat ini mempunyai tapaknya sendiri iaitu di Surau Kampung Beribi Gadong.

Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan perempuan. Berbagai peringkat usia daripada kanak-kanak hinggalah orang tua-tua. Tarekat ini sering berkumpul pada hari Minggu malam Isnin. Di Negara Brunei Darussalam Tarekat ini dipimpin oleh Ustaz Hj Abd Rajid bin Hj Abd Kadir iaitu wakil pimpinan yang dilantik oleh Tuan Guru Saidi Syeikh Hj Abd Rasyid.

Pengikut Tarekat ini sering disebut IKHWAN sahaja. Berbagai cubaan dan rintangan pada awal perkembangan Tarekat ini di Negara Brunei Darussalam. Pada masa ini IKHWAN Tarekat di Negara Brunei Darussalam di pimpin oleh Saidi Syeik Mohsin iaitu anak kepada Saidi Syeikh Hj Abd Rasyid.

 

 

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.

KUTTAB

Tempat-tempat belajar sebelum sekolah didirikan ( sebelum Islam ) ialah di rumah guru, di bawah pokok, gua-gua dan tempat sembahyang.Tempat belajar ini di panggil Kuttab iaitu tempat belajar pelajaran rendah asas seperti mengajar membaca dan menulis huruf-huruf Arab.Orang Makkah yang mula-mula sekali belajar di Kuttab ini ialah Sufian bin Umaiyah bin Abdi Syam dan Abi Qais bin Abdul Manaf . Mereka ini belajar sehingga Islam datang iaitu semasa Nabi menerima wahyu dan sepanjang waktu tersebut ( tahun 571-600 ) hanya 17 orang sahaja yang pandai menulis dan membaca . Di antara mereka ialah Muawiyah bin Abi Sufian, Zaid bin Harithah, Othman bin Affan dan Zaid bin Thabit.

Rasulallah s.a.w. menerima wahyu melalui malaikat Jibril , seorang Nabi yang tidak pandai membaca dan menulis hanya menghafal wahyu yang diturunkan kemudian di ajarkannya. Sepanjang ayat Al Quran turun selama 23 tahun, orang-orang yang pandai membaca dan menulis itu berada di samping nabi untuk mencatit surah-surah tersebut dan juga mengajar orang lain membaca dan menulis dengan menjadikan ayat Al Quran sebagai buku teks mereka.

Setelah agama Islam berkembang maka Kuttab tempat belajar Al Quran dan pokok-pokok agama Islam diwujudkan, iaitu di akhir abad pertama dan permulaan abad kedua Hijrah. Khusus untuk mengajar Al Quran, fiqeh Islam dan ilmu-ilmu Al Quran.

Kuttab yang masyhur ialah kuttab Abul Qasim AlBalkhi, jumlah murid yang belajar disana ialah 3000 orang. Sewaktu mengajar , dia terpaksa menunggang keldai mundar mandir mengawasi murid-muridnya. Abad kedua Hijrah dan seterusnya bertambah pesat pertumbuhan kuttab dan guru-guru Al Quran sehingga setiap kampung mesti ada sebuah kuttab atau lebih. Kebanyakkan pelajaran-pelajaran yang diajarkan di kuttab-kuttab ini ialah Al Quran, cerita-cerita orang-orang soleh dan orang-orang Ahlul bait juga hukum-hukum Islam, hadith, tafsir dan tauhid. Di Afrika Utara anak-anak perempuan diwajibkan menghafaz surah An Nur.

Guru-guru yang masyhur yang mengajar Al Quran dan pokok-pokok agama Islam di kuttab-kuttab ialah AdDhahaak bin Muzahim tahun 105 Hijrah, Al Kumaits bin Zaid tahun 126 Hijrah dan Abdul Hamid bin Al Katib tahun 132 Hijrah. Mereka ini memulakan kerjaya sebagai guru biasa mengajar Al Quran dan syair-syair, kemudian dinaikkan pangkat oleh sultan atau khalifah ke darjat yang paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa pemerintah Islam dahulu sangat sukakan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang ilmu kesusasteraan.

PENDIDIKAN RENDAH DI ISTANA-ISTANA.

Sisitem pendidikan ini dimulakan oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Mereka berdua ini telah memanggil guru untuk mengajar putra-putra mereka di istana. Guru yang mengajar ialah Al Hajjaz bin Yusuf As Saqafi.

Pendidikan rendah di istana ini lebih luas daripada pendidikan di kuttab di mana sukatan pelajaran atau rancangan pelajaran disusun atau dirancang sendiri oleh orang tua murid-murid. Mereka juga ikut membantu guru yang mengajar membuat rancangan pelajaran . Tujuannya supaya selaras diantara pelajaran dengan taraf pemikiran anak-anak mereka.Guru yang mengajar di istana dipanggil mu`adib. Perkatan mu`adib berasal dari perkataan adab yang bererti budi pekerti dan juga bererti meriwayatkan. Mereka dipanggil mu`adib kerana berperanan mendidik budi pekerti putra-putra raja dan meriwayatkan kisah-kisah orang-orang bijak pandai dahulu kala. Mereka ini akan belajar hingga dewasa dan supaya menyambung pelajaran ke sekolah-sekolah atau masjid-masjid.

MASJID.

Fungsi masjid menurut fahaman kaum muslimin dimasa permulaan Islam adalah amat luas. Mereka telah menjadikan masjid itu untuk tempat beribadat, tempat pengadilan, tempat tentera memberi pelajaran, tempat tentera berkumpul dan tempat menerima duta-duta dari luar negeri. Oleh kerana itu mereka segera mendirikan masjid-masjid untuk tujuan seperti diatas, terutama untuk menampung keramaian penuntut. Mereka menamakan masjid `Baitullah’ kerana dalam nama itu terkandung suatu pengertian iaitu untuk memasuki masjid itu tidak perlu meminta izin terlebih dahulu kerana ia adalah `rumah Allah’.

Masjid yang mula-mula sekali didirikan sesudah Islam ialah masjid Quba , selain digunakan untuk bersembahyang masjid ini digunakan untuk tempat belajar dan disini juga nabi mengajar sahabat-sahabat baginda tentang urusan –urusan agama dan urusan dunia. Sesudah itu banyaklah masjid-masjid didirikan dan diceritakan bahawa di abad ketiga Hijrah kota Baghdad dipenuhi dengan 30,000 buah masjid.

Di antara masjid-masjid yang masyhur dalam Islam ialah Jamek Al Mansur didirikan oleh khalifah Al Mansur pada tahun 145 Hijrah, Masjid Damascus di Syria dibina oleh khalifah Al Walid, Jamek Amru di Mesir dibangunkan oleh Amru bin Al As pada tahun 21 Hijrah.

SEKOLAH-SEKOLAH.

Pelajaran-pelajaran Islam makin lama makin bertambah menarik minat orang ramai dan bertambah pula jumlah penuntutnya datang belajar ke masjid-masjid.

Keadaan ini sekiranya dibiarkan akan bertambah sempitlah ruangan masjid dan guru-guru yang mengajar dengan suara yang nyaring sedikit sebanyak akan menganggu orang-orang yang sedang beribadat. Demikian juga dengan pelajaran-pelajaran dimana telah banyak dan sedang mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Ada diantara matapelajaran itu berbentuk soaljawab, perdebatan, perbahasan dan perbincangan. Kaedah ini tidak sesuai dijalankan dimasjid-masjid tempat orang-orang beribadat. Menyedari hakikat ini maka didirikanlah sekolah-sekolah untuk mengajar secara formal dan memberi peluang kepada orang yang bekerja sebagai guru sepenuh masa untukmengajar disekolah-sekolah dengan pendapatan tetap sebab paling utama sekolah didirikan selain yang tersebut tadi ialah untuk mnegajar umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya, dan untuk menghapuskan fahaman syiah yang disebarkan oleh kaum Bani Buwaih dan kaum Fatimiyyin. Ajaran syiah ini tersebar luas sekitar negeri Iraq, Syria dan Mesir. Usaha mendirikan sekolah ini dilakukan oleh kaum Saljuk dan Ayubiyyin. Mereka ini menganut mazhab Ahli Sunnah. Tujuannya ialah untuk mensucikan jiwa orang Islam dari kepercayaan-kepercayaan syiah disamping itu untuk memberi ilmu pengetahuan yang sempurna kepada umat Islam.

Orang yang mula-mula mendirikan sekolah didunia Islam ialah seorang perdana menteri Bani Saljuk bernama Nizamul Muluk. Sekolah yang didirikan diberi nama Nizamiyyah Baghdad siap pada tahun 1459 Hijrah letaknya dipinggir sungai Tigris.

Setelah berakhir pemerintahan bani Saljuk, muncul seorang pahlawan Islam sekitar tahun 560 Hijrah bernama Nurruddin Zunky menyambung usaha Nizamul Muluk memajukan ilmu pengetahun dengan mendirikan sekolah di Damsyik dan seluruh kota Syria. Sekolah yang paling masyhur pada masa itu ialah sekolah An Nurriyyah Al Kubra dibina dlam tahun 563 Hijrah .Sekolah ini masyhur kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan untuk para guru, para pelajar dan orang ramai.Ia dilengkapi dengan masjid untuk untuk para penghunisekolah dan juga orang ramai, dewan untuk mengadakan kelas perbincangan, bilik-bilik guru, asrama pelajar dan tempat tinggal pekerja sekolah seperti buruh-buruh, jaga dan juga warden.Sekolah ini khusus untuk ilmu pengetahun syariah Islam menurut mazhab Imam Abu Hanifah An Nukman. Wallahhua`lam .

PENDAHULUAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

Pendidikan merupakan satu aspek yang penting di dalam kehidupan setiap individu. Pendidikan bermula sejak seorang itu dilahirkan sehinggalah ia menemui ajalnya. Pendidikan bagi manusia meliputi aspek jasmani,rohani, akal dan sosial. “Manusia mendidik anaknya supaya badannya sihat dan kuat, akalnya waras dan cerdas, rohaninya luhur dan berbudi pekerti tinggi, tahu bermasyarakat dan menyesuaikan diri dalam kelompoknya” (Musa bin Daia,1986).

Di antara pendidikan yang paling penting bagi setiap manusia ialah pendidikan Islam.”Pendidikan Islam adalah pendidikan yang melatih kepekaan (sensibility) para peserta didik sedemikian rupa sehingga sikap hidup dan peri-laku, juga keputusan dan pendekatannya kepada semua jenis pengetahuan dikuasai oleh perasaan mendalam nilai-nilai etik dan spiritual Islam. Mereka dilatih dan mentalnya didisiplinkan, sehingga mereka mencari pengetahuan tidak sekadar untuk memuaskan keingin-tahuan intelektual atau hanya untuk keuntungan dunia material belaka, tetapi juga untuk mengembangkan diri sebagai makhluk rasional dan saleh yang kelak dapat memberikan kesejahteraan fisik, moral dan spiritual bagi keluarga, masyarakat dan umat manusia”(Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf , 2000)

Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, pihak kerajaan amat mementingkan pendidikan Islam. Pendidikan Islam mula diberikan kepada kanak-kanak sejak mereka berada di peringkat prasekolah hinggalah ke universiti. Untuk menanamkan ajaran-ajaran Islam di kalangan pelajar-pelajar dengan lebih berkesan, maka satu kurikulum yang lengkap,kemas dan tersusun rapi serta berkesinambungan amatlah diperlukan.

Oleh itu di dalam rencana ini penulis akan menerangkan mengenai kurikulum yang berkaitan dengan pendidikan Islam. Kurikulum pendidikan Islam yang dimaksudkan di sini tidak terbatas setakat mempelajari mata pelajaran pengetahuan Ugama Islam sahaja sebagaimana kefahaman kebanyakkan masyarakat hari ini. Tetapi pendidikan Islam itu sebenarnya mempunyai skop jangkauan yang lebih luas meliputi semua cabang ilmu pengetahuan yang dibenarkan oleh agama Islam.

BAB I : KURIKULUM

<!–[i1.1 Definisi Kurikulum

Pengetahuan terus berkembang dan pendidikan semakin kompleks untuk memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Kemajuan yang sentiasa dicapai dalam bidang pendidikan telah menyebabkan berubahnya konsep pendidikan dalam sebuah negara dari semasa ke semasa. Bagi mengimbangi perubahan konsep pendidikan, maka apa yang berlaku di dalam proses pendidikan juga perlu diubah agar pelajar dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan.

Dalam ertikata lain berubahlah kurikulum bagi setiap sekolah, maktab, universiti dan pusat pengajian tinggi lainnya. Selaras dengan perkembangan ini, maka definisi kurikulum juga turut berubah.

Berbagai-bagai definisi kurikulum telah dikemukakan oleh para pendidik, tokoh-tokoh ilmuan dan para sarjana dari berbagai bangsa. Ada pengertian yang sangat luas dan sebaliknya terdapat pengertian yang sempit. Perkataan kurikulum berasal dari bahasa Latin yang luas digunakan oleh bangsa Yunani. ’Curriculum’ dalam bahasa Latin bermaksud ‘Luang tempat pembelajaran berlaku’ (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).

Walaupun terdapat berbagai-bagai definisi untuk kurikulum, namun hampir semua makna, atau pengertian kurikulum dari definisi-definisi itu akan kembali ke pengertian asal, iaitu satu rancangan pengajian (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).

Di dalam kamus bahasa Arab kurikulum (Manhaj) sering didefinisikan sebagai jalan yang terang, atau jalan terang yang dilalui oleh manusia pada berbagai bidang kehidupannya. Seterusnya,Prof. Dr. Omar Al-Syaibani (1991) menjelaskan kurikulum (manhaj) dimaksudkan sebagai jalan terang yang dilalui oleh pendidik atau guru dengan orang-orang yang dididik atau dilatihnya untuk mengembangkan pengetahuan, keterampilan, dan sikap mereka.

Sementara itu Wiles dan Bondi (1993) memberikan definisi kurikulum sebagai:

“It is the range of experiences,both indirect and directed,concerned in unfolding the abilities of the individual,or it is a series of consciously directed training experiences that the school use for completing and perfecting the individual”

Menurut Zuharani (1983), ”Kurikulum adalah semua pengetahuan, kegiatan-kegiatan atau pengalaman belajar yang diatur dengan kaedah yang sistematik, yang diterima anak untuk mencapai suatu tujuan”.

Sementara itu Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) menjelaskan ”Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan”.

Seterusnya, Pg. Dr. Hj. Abu Bakar(2008) menjelaskan:

”Kurikulum adalah maklumat dan ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru atau yang dipelajari oleh pelajar di sekolah atau lain-lain institusi pendidikan, dalam bentuk mata pelajaran yang terdapat dalam buku teks dalam setiap tahap pendidikannya”.

Ini bermakna kurikulum itu ialah segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar di sekolah yang mempunyai pengaruh yang baik terhadap kelakuan anak di bawah bimbingan guru bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan.

Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa kurikulum bukan hanya meliputi mata pelajaran dan pengalaman yang berlaku dalam kelas, malah ia meliputi semua pengalaman, aktiviti, suasana dan pengaruh yang diberikan kepada pelajar atau yang mereka kerjakan atau yang mereka jumpai di sekolah atau yang dikelolakan oleh sekolah. Ini termasuklah , semua kegiatan, pengalaman budaya, seni, sukan dan sosial yang dikerjakan oleh pelajar di luar jadual waktu dan di luar bilik darjah yang dikelolakan oleh pihak sekolah.

BAB II: PENDIDIKAN ISLAM

2.1 Pendahuluan

Pendidikan Islam mempunyai sejarah yang panjang seiring dengan kedatangan Islam itu sendiri (Dr.Gamal Zakaria,2002). Pendidikan Islam berterusan seumur hidup, secara formal dan tidak formal. Ini bererti pendidikan yang berasaskan nilai-nilai Islamiah tidak hanya menghadkan pengajaran akademik dalam bilik darjah. Bimbingan dan asuhan yang dilakukan oleh para pendidik diusahakan setiap masa secara ikhlas bertujuan menjadikan individu beriman dan bertakwa (Kamarudin Hj.Kachar,1989).

2.2 Definisi Pendidikan Islam

Istilah “Pendidikan Islam” merupakan rangkai kata yang membawa makna yang sangat luas. Dalam ungkapan ini sendiri telah tersirat konsep, falsafah dan matlamatnya. Ini agak berbeza dengan kefahaman umum masyarakat hari ini yang menganggap pendidikan Islam itu ialah Mata Pelajaran Agama Islam atau Pengetahuan Agama Islam di sekolah(Mohd Yusuf Ahmad, 2004).

Untuk memberikan pengertian pendidikan Islam yang sempurna, terlebih dahulu kita menjelaskan makna kata ‘pendidikan’ dan ‘Islam’. Menurut Al-Attas,Hassan Langgulung dan Burlian Somad maksud pendidikan itu ialah perubahan dalaman dan perubahan tingkah laku (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Apabila disebut pendidikan Islam ia menjadi lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang berteraskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis, dan perubahan yang dikehendaki pula ialah perubahan rohani, akhlak dan tingkah laku menurut Islam.

Dalam bahasa Inggeris istilah pendidikan disebut education. Manakala dalam bahasa Arab pengertian kata pendidikan, sering digunakan pada beberapa istilah, antaranya “ta’lim” ( التعليم ) , tarbiyah ( التربية ( dan ta’dib ) (التاديب . Namun demikian, ketiga kata tersebut memiliki makna tersendiri dalam menunjuk atau menerangkan pengertian pendidikan (Dr. Samsul Nizar,M.A: 2001).

Kata at-ta’lim merujuk kepada pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampaian pengertian, pengetahuan, dan keterampilan. Kata at-tarbiyah membawa erti mengasuh, mendidik, dan memelihara. Sementara Kata at-ta’dib dapat diertikan sebagai proses mendidik yang memfokuskan kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti pelajar. Pendidikan adalah ‘latihan atau ajaran’ (Dr.Teuku Iskandar,1986). Sementara itu menurut al-Quran, Islam ialah penyerahan diri dan kepatuhan sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Ali ‘Imran ayat 83:

افغير دين الله يبغون وله اسلم من فى السموت والارض طوعا وكرها واليه يرجعون

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nyalah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi,baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan”

Ini menunjukkan kepada kita bahawa, pendidikan Islam merupakan usaha-usaha pembentukan anak-anak sesuai dengan ajaran Islam, maka dengan itu melalui pendidikan Islam akan dapat menyerapi dan menyedari hal-hal yang sebenar atau hakikat-hakikat baik dalam ajaran dan amalan Islam, atau apa yang terkandung dalam akidahnya, ibadatnya, sistem akhlaknya dan juga ajaran syariatnya yang dilihat dari segi hukum-hukumnya yang zahir. Ahli-ahli fikir Islam berpendapat bahawa dengan menyedari hal-hal ini semua manusia akan mencapai kebahagiaan dalam dunia dan akhirat (Dr. Haron Din & Dr. Sobri Salamon, 1988)

Lebih jauh lagi, pendidikan Islam ialah satu ‘kesatuan’ yang terdiri daripada dua aspek yang bersepadu. Yang pertama ialah bahawa sebahagian daripada ajaran Islam dan undang-undang serta moral hendaklah diajar dengan begitu rupa untuk membolehkan pelajar memahami, setakat yang memadai, asas-asas Islam. Aspek yang kedua ialah untuk melatih pemikiran pelajar dengan cara yang saintifik dan rasional supaya dia dapat menyelaraskan perilakunya dengan moral, undang-undang dan keimanannya terhadap Islam (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992) .

Menurut Mohd Kamal Hasan, pendidikan Islam menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah authority dan pengendalian Al-Quran dan Sunnah yang merupakan teras dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya. Akidah Islam menjadi pusat bagi semua ilmu serta sifatnya integrated. Menurut beliau pendidikan Islam itu bolah dibahagi dua, iaitu formal dan informal (Mohd Yusuf Ahmad,2004).

Akhirnya, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tiada makna yang tepat bagi pendidikan Islam namun dapat difahami oleh semua orang bahawa pendidikan Islam adalah satu usaha untuk mengembangkan fitrah manusia sesuai dengan ajaran agama Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah yang akhirnya akan mewujudkan satu masyarakat yang bertamadun tinggi, penuh rahmat dan kebahagiaan serta mendapat keredaan Allah.

2.3 Dasar Pendidikan Islam

Dasar adalah tempat bermula sesuatu aktiviti manusia. Maka ketika menetapkan dasar sesuatu perkara, khasnya dasar pendidikan Islam, setiap individu akan menjadikan pandangan hidup dan hukum-hukum dasar agamanya sebagai panduan. Pendidikan Islam adalah satu aktiviti manusia yang mempunyai dasar-dasar tertentu. Adapun dasar pendidikan Islam ialah al-Quran,Hadith (As-Sunnah) dan Ijtihad para ulama.

2.4 Tujuan Pendidikan Islam

Tujuan adalah dasar yang hendak dicapai dalam semua kegiatan manusia.Tujuan berfungsi untuk mengarahkan, mengendalikan dan mengembangkan sesuatu kegiatan. Oleh sebab itu setiap tujuan hendaklah dirumuskan dengan tegas dan jelas. Dengan adanya tujuan semua aktiviti dan pergerakan manusia akan menjadi terarah dan bermakna.

Kefahaman kita mengenai tujuan hidup di dunia adalah penting untuk menetapkan tujuan pendidikan Islam kerana setiap didikan yang diterima oleh manusia adalah untuk mencapai tujuan hidup tersebut.

Menurut Islam, manusia diturunkan ke bumi oleh Allah swt adalah sebagai seorang khalifah yang mempunyai tugas untuk:

i.Memakmurkan bumi demi kebahagiaan hidup seperti firmannya dalam Surah Faathir ayat 39:

هو ا لذ ي جعلكم خلا لف في الارض

Ertinya: “Dia-lah (Allah) yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi”

ii.Berbakti kepada Allah swt seperti firmannya dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56:

و ما خلقت الجن والانس الاليعبدون

Ertinya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”

Daripada keterangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa, “tujuan sejati pendidikan Islam adalah menghasilkan orang-orang yang beriman dan juga berpengetahuan, yang satu sama lain saling menompang. Islam tidak memandang bahawa pencarian pengetahuan adalah demi pengetahuan sendiri tanpa merujuk pada cita-cita spiritual yang harus dicapai manusia, tetapi untuk mewujudkan sebanyak mungkin kemaslahatan bagi umat manusia. Pengetahuan yang diceraikan dari agama bukan hanya membuat pengetahuan menjadi bias, bahkan akan menjadikannya sebagai kejahilan jenis modern. Islam menganggap orang yang tidak beriman kepada Allah swt sebagai orang yang tidak berpengetahuan. Orang semacam ini, betapapun luas pengetahuannya, hanya akan mempunyai pandangan yang tidak lengkap mengenai jagat raya” (Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf,2000).

Sementara itu menurut Sayid Sabiq (1981) ,tujuan pendidikan Islam ialah agar jiwa seseorang dapat terdidik secara sempurna. Agar seseorang dapat menunaikan kewajipan-kewajipannya kerana Allah. Dapat berusaha untuk kepentingan keluargannya, kepentingan masyarakatnya, serta dapat berkata jujur, dan berpihak kepada yang benar serta mahu menyebarkan benih-benih kebaikan pada manusia. Apabila seseorang mempunyai sifat-sifat seperti itu, bererti ia telah mencapai tingkat orang-orang salih sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, iaitu orang-orang yang berpegang teguh pada agamanya.

Pendidikan Islam juga bertujuan untuk mencapai keseimbangan pertumbuhan dari peribadi manusia secara menyeluruh melalui latihan-latihan kejiwaan, akal fikiran, kecerdasan, perasaan dan pancaindera. Oleh kerana itu pendidikan Islam harus mengembangkan seluruh aspek kehidupan manusia, baik spiritual, intelektual, imaginasi (fantasi), jasmani, keilmiahannya, bahasanya, baik secara individual maupun kelompok, dan mendorong aspek-aspek tersebut kearah kebaikan dan pencapaian kesempurnaan hidup ( Abdul Raof Dalip, 1990).

Sementara itu, menurut hasil Kongres Pendidikan Islam Sedunia Tahun 1980 di Islamabad, menyebutkan bahawa pendidikan Islam haruslah bertujuan mencapai pertumbuhan keperibadian manusia yang menyeluruh, secara seimbang melalui latihan jiwa, intelek, diri manusia yang rasional, perasaan dan indera. Kerana itu, pendidikan harus mencapai pertumbuhan manusia dalam segala aspeknya; spiritual, intelektual, imajinatif, fisik, ilmiah dan bahasa secara individual maupun kolektif. Mendorong semua aspek kearah kebaikan dan mencapai kesempurnaan. Tujuan akhirnya adalah dengan perwujudan ketundukan yang sempurna kepada Allah, baik secara peribadi, komunitas, maupun seluruh umat manusia (Dr. Samsul Nizar,M.A, 2001)

Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa tujuan pendidikan Islam itu tidak statik. Ia sering mengalami perubahan mengikut kepentingan dan perkembangan masyarakat di mana pendidikan itu dilaksanakan. Walaupun begitu sebagai umat Islam kita mestilah berpegang teguh dan terus merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam melaksanakan tujuan pendidikan Islam.

2.5 Matlamat Pendidikan Islam

Pendidikan Islam mempunyai beberapa matlamat tertentu. Di antara matlamat-matlamatnya adalah jelas untuk melahirkan insan yang budiman, beriman, bertakwa dan salih. Pendidikan Islam nyata sekali menuju ke arah perkembangan tingkahlaku yang sihat. Ekoran daripada matlamat murni ini berkembanglah manusia yang menyedari hakikat lahirnya sebagai hamba Allah swt yang menurut perintahnya, yang beramanah dan bertanggungjawab (Kamarudin Hj. Kacar,1989).

Menurut Dr. Abdur Rosyad Syuhudi(1990) di antara matlamat pendidikan Islam itu ialah untuk mengenal diri manusia itu sendiri, untuk mengenal tugas dan tanggungjawab manusia, untuk menyusun struktur masyarakat, untuk membentuk akhlak yang mulia di kalangan manusia, untuk menjaga kepentingan agama dan kehidupan serta untuk memberikan kepentingan jasmani dan rohani.

Ustaz Abdul Raof Dalip (1990) ada menyatakan beberapa matlamat pendidikan Islam. Antaranya ialah untuk mentauhidkan diri kepada Allah,untuk pembentukan akhlak yang mulia, menyedarkan manusia mengenai keperluan ilmu pengetahuan, menyedarkan manusia mengenai peranannya sebagai Khalifah, untuk pembentukan insan soleh, untuk pembentukan akhlak atau syahsiah Islamiah di dalam diri manusia, untuk mempersiapkan manusia bagi kehidupan di dunia dan di akhirat, untuk memberi perhatian serta menjaga kemanfaatan individu dan masyarakat, dan akhir sekali untuk penyediaan tenaga mahir dan profesion dalam berbagai bidang kehidupan.

Ghazali Darussalam (2004) di dalam buku ‘Pedagogi Pendidikan Islam’ ada menyebutkan beberapa pendapat sarjana dan ilmuan mengenai matlamat pendidikan Islam. Antaranya, Prof. Dr. Mohd. Athiyah Al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam adalah;

“Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, berkerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.”

Daripada keterangan di atas maka jelaslah bahawa tujuan dan matlamat pendidikan Islam itu tidak jauh berbeza malah hampir sama. Sebagai rumusan kita lihat petikan berikut;

“Al-Qabisi, berpendapat bahawa tujuan pendidikan adalah untuk mengetahui ajaran agama baik secara ilmiah maupun secara amaliah. Ini kerana dia termasuk ulama ahli fiqih dan tokoh dari ulama ahli sunnah wal jama’ah. Sedangkan Ibnu Maskawih berpendapat bahawa tujuan pendidikan ialah tercapainya kebajikan,kebenaran dan keindahan. Ikhwan As-Safa, cenderung berpendapat bahawa tujuan pendidikan itu adalah mengembangkan faham filsafat dan akidah politik yang mereka anut. Al-Ghazali, berpendapat bahawa tujuan pendidikan itu adalah melatih para pelajar untuk mencapai makrifat kepada Allah melalui jalan tasawuf iaitu dengan mujahadah dan riyadhah.

BAB III: KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

3.1 Definisi Kurikulum Pendidikan Islam

Kurikulum pendidikan Islam adalah bahan-bahan pendidikan Islam berupa kegiatan, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan sistematis diberikan kepada anak didik dalam rangka mencapai tujuan pendidikan Islam. Atau dengan kata lain kurikulum pendidikan Islam adalah semua aktiviti, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan secara sistematis diberikan oleh pendidik kepada anak didik dalam rangka tujuan pendidikan Islam (H.syamsul Bahri Tanrere, 1993).

Berdasarkan keterangan di atas, maka kurikulum pendidikan Islam itu merupakan satu komponen pendidikan agama berupa alat untuk mencapai tujuan. Ini bermakna untuk mencapai tujuan pendidikan agama (pendidikan Islam) diperlukan adanya kurikulum yang sesuai dengan tujuan pendidikan Islam dan bersesuaian pula dengan tingkat usia, tingkat perkembangan kejiwaan anak dan kemampuan pelajar.

3.2 Materi Pokok Dalam Kurikulum Pendidikan Islam

Kurikulum pendidikan Islam meliputi tiga perkara iaitu masalah keimanan (aqidah), masalah keislaman (syariah) dan masalah ihsan (akhlak). Bahagian aqidah menyentuh hal-hal yang bersifat iktikad (kepercayaan). Termasuklah mengenai iman setiap manusia dengan Allah,Malaikat,Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Qiamat dan Qada dan Qadar Allah swt.

Bahagian syariah meliputi segala hal yang berkaitan dengan amal perbuatan manusia dalam kehidupan sehari-hari yang berpandukan kepada peraturan hukum Allah dalam mengatur hubungan manusia dengan Allah dan antara sesama manusia.

Bahagian akhlak merupakan suatu amalan yang bersifat melengkapkan kedua perkara di atas dan mengajar serta mendidik manusia mengenai cara pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.

Ketiga-tiga ajaran pokok tersebut di atas akhirnya dibentuk menjadi Rukun Iman,Rukun Islam dan Akhlak. Dari ketiga bentuk ini pula lahirlah beberapa hukum agama, berupa ilmu tauhid, ilmu fiqeh dan ilmu akhlak. Selanjutnya ketiga kelompok ilmu agama ini kemudian dilengkapi dengan pembahasan dasar hukum Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis serta ditambah lagi dengan sejarah Islam.

Sementara itu menurut Dr. Hj. Maimun Aqsa, perkara yang perlu didahulukan dalam kurikulum pendidikan Islam ialah al-Quran, Hadis dan juga Bahasa Arab. Kedua ialah bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia sebagai individu dan juga sebagai anggota masyarakat. Menurut istilah moden hari ini, bidang ini dikenali sebagai kemanusiaan (al-ulum al-insaniyyah). Bidang-bidangnya termasuklah psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi dan lain-lain. Ketiga bidang ilmu mengenai alam tabie atau sains natural ( al-ulum al-Kauniyyah), yang meliputi bidang-bidang seperti astronomi, biologi dan lain-lain.

Ruang lingkup materi pendidikan Islam sebenarnya ada terkandung di dalam al-Quran seperti yang pernah dicontohkan oleh Luqman ketika mendidik anaknya. Bagi Negara Brunei Darussalam Keluasan ruang lingkup pendidikan Islam tertakluk kepada pihak Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, tingkat kelas, tujuan dan tingkat kemampuan pelajar. Bagi sekolah Arab dan agama khas tentunya mempunyai pembahasan yang lebih luas dan lebih terperinci berbanding sekolah umum. Begitu juga terdapat perbezaan yang jelas di antara peringkat rendah, menengah dan peringkat tinggi dan universiti.

Sedangkan mengenai sistem pengajaran dan teknik penyampaian adalah terserah kepada kebijakan guru melalui pengalamannya dengan cara memperhatikan bahan yang tersedia,waktu serta jadual yang sudah ditetapkan oleh pihak tertentu.

“Bagi pengajian tinggi, Pengajaran Agama Islam hendaklah dijadikan suatu mata pelajaran khas yang juga merupakan suatu pengajian yang mendalam mengenai sesuatu hukum dan difahamkan maksud-maksud pengajaran Agama Islam itu supaya mereka dapat mengamalkan pengajaran itu menjadi sebagai suatu cara hidup dan menjadi panduan semasa mempelajari ilmu-ilmu yang lain terutama sekali ilmu Sains” (Hj.Mohd. Jamil Al-SufrI, 1982)

Bagi merumuskan maksud prinsip-prinsip kurikulum pendidikan Islam kita lihat pandangan Prof. Mohd. Athiyah (Tajul Ariffin Noordin, 1990). Beliau menjelaskan;

“Pendidikan moden sekarang ini memerlukan pendidikan Islam. Iaitu pendidikan idealis yang bersifat kerohanian, moral dan keagamaan. Ini membuatkan kita belajar untuk ilmu dan kelazatan ilmiah. Dengan demikian kita terlepas daripada keruntuhan, kejahatan dan kemiskinan, penjajahan dan keangkaramurkaan, serta peperangan-peperangan dengan segala bencana yang ditimbulkannya. Demi untuk mendapat bersama menikmati suatu kehidupan yang abadi hidup bersama saling bantu-membantu dan dalam suasana demokrasi dan bahagia”

3.3 Penyusunan Kurikulum Pendidikan Islam

Di antara perkara yang paling penting di dalam pembentukan setiap kurikulum, tidak terkecuali kurikulum pendidikan Islam, ialah penyusunannya. Untuk penyusunan yang rapi dan berkesan, kerjasama antara pihak sekolah dan pihak penggubal kurikulum amatlah diperlukan. Penyusunan tersebut hendaklah menitikberatkan kesesuaiannya menurut kemampuan pelajar.

Penyusunan kurikulum yang tepat akan membawa manusia semakin hampir kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan genarasi manusia “para sahabat” yang intelek, berilmu, beriman dan baramal. Kurikulum yang disusun hendaklah berkesinambungan dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat menengah berterusan ke peringkat universiti bersesuai dengan kehendak dan keperluanNegara.

Selanjutnya, oleh kerana matlamat kurikulum dan pendidikan Islam untuk melahirkan individu yang sempurna, samaada dari segi rohani mahupun jasmani, mata pelajaran dalam kurikulum itu hendaklah bersifat sepadu. Dengan kata lain mata pelajaran dalam kurikulum pendidikan Islam tidaklah terbatas kepada ilmu-ilmu yang berbentuk teoritis sahaja, baik bersifat naqli mahupun aqli tetapi juga berbentuk praktis, seperti pendidikan jasmani,latihan ketenteraan, teknik, pertukangan, pertanian dan perniagaan. Kurikulum yang semata-mata membekalkan pelajaran yang berbentuk spiritual boleh menyulitkan sesuatu institusi pengajian khususnya dari segi pembangunan material ( Hj. Abdullah Ishak, 1989)

BAB V: PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Berdasarkan kepada rencana yang ditulis ini maka dapatlah penulis membuat beberapa kesimpulan seperti berikut:

i. Pendidikan Islam mencelup keperibadian Muslim dengan celupan yang khas yang membezakan dari bentuk-bentuk pendidikan yang lain. (Hassan Langgulung,1979). Pernyataan di atas memberi gambaran kepada kita bahawa pendidikan Islam merupakan faktor utama yang paling penting untuk membentuk ketinggian peribadi setiap Muslim. Pendidikan Islam mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat tertentu yang semata-mata untuk mewujudkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan seterusnya untuk memperolehi keredaan Allah s.w.t.

ii. Skop pendidikan Islam terlalu luas. Ia merangkumi syariah, adabiah, riadhah, akliah dan seluruh penghidupan manusia,perbuatan, tingkahlaku dan amalan. Untuk menghayati skop pendidikan Islam ini, maka setiap individu Muslim haruslah memahami terlebih dahulu asas-asas dan konsep yang bertunjangkan akidah Islamiah. Kemudian diikuti dengan akliah ilmu pengetahuan, akhlak dan kesihatan. Pendidikan Islam itu memerlukan amalan dan penghayatan sebab seseorang itu tidak boleh mengamalkan sesuatu perkara tanpa memahaminya terlebih dahulu, khasnya asas-asas pendidikan Islam, seperti mengenal Allah, memahami rukun-rukun iman dan rukun-rukun Islam dan sebagainya (Ustaz Abdul Raof Dalip, 1990).

Jelasnya,di dalam pendidikan Islam terkumpul empat bidang utama iaitu pendidikan jiwa, pembersihan rohani, pembentukan akal fikiran yang sihat serta kecergasan tubuh badan.

iii. Kurikulum Pendidikan Islam “bertujuan menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati genarasi muda, pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa rohani. Ia juga bertujuan untuk memperoleh pengetahuan secara berterusan, gabungan pengetahuan dan kerja, kepercayaan dan akhlak dan penerapan amalan teori dalam hidup” (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992)

iv. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam pihak kerajaan pernah menegaskan tentang kepentingan penyusunan kurikulum secara teliti. Penekanan ini dibuat dengan tujuan untuk melahirkan penuntut-penuntut yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya:

“Di bidang pelajaran, kerajaan beta sedang berusaha untuk meningkatkan lagi taraf pencapaian pelajaran di Negara ini. Sehubungan dengan ini, beta ingin menyatakan bahawa perancangan pelajaran yang tersusun rapid an teliti lagi consistent adalah mustahak dalam usaha untuk melahirkan tenaga manusia yang berkemahiran dan bersesuaian dengan keperluan Negara” (Pelita Brunei, 1989)

Manakala dibidang pendidikan khususnya pendidikan agama (Islam) pihak kerajaan tetap mengutamakan pendidikan Islam agar rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berugama Islam dapat menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap. Dengan itu negara Islam akan tetap wujud dan bangsa Melayu yang mendaulatkan raja akan terus gemilang yang berpegang kepada konsep Melayu Islam Beraja yang sewajibnya dikekalkan sepanjang zaman:

“Pendidikan pada khususnya mestilah jelas, bahawa keperluan umum tidak akan mengatasi keperluan agama. Dalam makna, pendidikan agama juga hendaklah sama-sama diutamakan. Di peringkat asas, pendidikan agama hendaklah sempurna, sementara di peringkat tinggi pula hendaklah mampu melahirkan ulama dan cendekiawan berwibawa. Jangan sama sekali ia kurang atau dikurangkan. Kerana berdasarkan fakta sejarah di mana-mana sahaja, jika pendidikan agama lemah, maka akan lemah pulalah bangsa” (Himpunan Titah,2006)

Akhir kata penulis ingin menyeru setiap individu agar mengutamakan pendidikan Islam dalam segala aspek kehidupan. Seterusnya di dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan pendidikan Islam di setiap peringkat persekolahan maka penyusunan kurikulum pendidikan Islam secara teliti, sistematik sentiasa dikemaskinikan mengikut keperluan semasa hendaklah diutamakan. Manakala bagi menghasilkan kejayaan yang sempurna maka pembentukannya hendaklah melalui kerjasama yang erat semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan dengan disokong oleh pihak kerajaan.

BIBLOIGRAFI

Al-Quran Al-Karim.

Abdul Halim El-Muhammady Dr., Pendidikan Islam;Falsafah,Disiplin dan Peranan Pendidik, Dewan Pustaka Islam, Selangor Darul Ehsan, 1991.

Abd. Rahman Saleh, Didaktik Pendidikan Agama, Bulan Bintang, Jakarta, 1973.

Abdul Raof Dalip,Ustaz, Asas-Asas Pendidikan Islam, Progressive Products Supply, Selangor Darul Ehsan,1990.

Abdur Rosyad Syuhudi,Dr., Pendidikan Islam, Universiti Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, 1990.

Ali Al-Jumbulati & Abdul Futuh At-Tuwaanisi, Perbandingan Pendidikan Islam, terjemahan Prof. H.M. Arifin,M.Ed. Penerbit Rineka Cipta, Jakarta,1994.

Gamal Zakaria,Dr., Ibnu Sahnun, Mutiara Pendidik Muslim,Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik,Kolej Islam Darul Ehsan, Selangor Darul Ehsan, 2002.

Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, kuala Lumpur, 2004.

H. Syamsul Bahri Tanrere, Kaedah Pengajaran Pendidikan Agama,Universiti Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, 1993.

Hj. Abdullah Ishak, Dr., Sejarah Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam, Al-Rahmaniah, Selangor Darul Ehsan, 1989.

Hj. Maimun Aqsa bin Hj. Abidin Lubis , Dr., Falsafah Pendidikan Islam, Universiti Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, t.t.

Haron Din,Dr. & Sobri Salamon, Dr., Masalah Pendidikan Islam Di Malaysia, Al-Rahmaniah, Kuala Lumpur, 1988.

Hassan Langgulung, Pendidikan Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1979.

________________,Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur,1981.

Himpunan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Di Majlis-Majlis Keagamaan Dan Titah-Titah Yang Berunsurkan Keagamaan (1997-2005), Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, 2006.

Ibrahim Saad, Isu Pendidikan Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1986.

Kamarudin Hj. Kachar, Prof. Dr., Strategi Penerapan Nilai-Nilai Islam Di Institusi Pendidikan, Teks Publishing Sdn. Bhd. Malaysia, 1989.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984.

Mohd Yusuf Ahmad, Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002.

Musa bin Daia, Prinsip Am Pendidikan,Pustaka Aman Press, Kota Baharu Kelantan, 1986.

Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, Kurikulum Dan Pendidikan Guru, terjemahan Ahmad Jaffni Hassan, Mohamad Nordin Zainuddin, Asiah Idris, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur,1992.

Muhammad Salih Samak, Ilmu Pendidikan Islam, terjemahan Wan Amnah Yaacob,Saedah Suhaimi,Ahmad Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1980.

Nicholls, H. dan Audrey, Perkembangan Kurukulum: Satu Panduan Praktis, terjemahan Dr. Mohamad Daud Hamzah & Dr. Koh Tsu Koon, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1987.

P.O.K. Amar Diraja Dato Seri Utama (Dr.) Awang Hj. Mohd. Jamil Al-Sufri, Corak Pendidikan Di Brunei Pada Masa Hadapan, Majlis Pelajaran Brunei, 1982.

Pg. Hj. Abu Bakar bin Pg Hj. Syariffuddin, Dr., Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam (Nota Kuliah), Universiti Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, 2008.

Omar Al-Syaibani, Prof. Dr., Falsafah Pendidikan Islam, terjemahan Prof. Dr.Hasan Langgulung,Hizbi Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan, 1991.

Samsul Nizar, M.A., Dr., Penghantar Dasar-Dasar Pemikiran Pendidikan Islam, Gaya Media Pratama, Jakarta,2001.

Sharifah Alwiah Alsagoff, Ilmu Pendidikan:Pedagogi, Heinemann, Kuala Lumpur, 1986.

__________________, Falsafah Pendidikan, Heinemann, Kuala Lumpur,1987.

__________________, Sosialogi Pendidikan, Heinemann, Kuala Lumpur,1987.

Sayid Sabiq, Unsur-Unsur Dinamika Dalam Islam, terjemahan Drs.Haryono S. Yusuf, PT Intermass, Jakarta, 1981.

Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf, Krisis Dalam Pendidikan Islam, terjemahan Drs.Fadhlan Mudhafir, Al-Mawardi Prima, Jakarta, 2000.

Tajul Ariffin Noordin, Prof. Dr., Pendidikan Suatu Pemikiran Semula,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1990.

Teuku Iskandar,Dr., Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia, 1986.

DI MAKAM JUNJUNGAN

Di hadapanmu duhai junjungan

Khusyuk, air mata bercucuran

Datangku dengan kesyukuran

Berdiri di hadapan pengaman alam.

 

Khusyuk tawaduk hatiku penuh

Kepadamu pada jasamu

 

Iman bersinar di hatiku

Bertambah marak aku di hadapanmu

Di mataku terbayang sejarah indah

Di masa hayatmu mengganyang jahiliah

 

Selawatku padamu

Salamku pada sahabat sekelian

Rahmat Allah tiada keputusan

Malaikat dan manusia serta alam

Padamu selawat dan salam.

 

Di hadapanmu aku mengaku

Dengan penuh keyakinan dan iman

Ashadu an la ilahaillallah

Wa asyhaduan na Muhammadar Rasulullah.

 

Bersemadilah kau junjungan

Sampailah hajatku

Aku pengikuitmu

Setia pada ajaran menyibarkan

Ke arah reda Tuhan

 

(Shukri Zain)

 

DARI LEMBAH KE PUNCAK

Pertama kali ku melangkah

Dengan tawakal Bismillah

Kutinggalkan bumiku yang indah

Kehijauan yang saujana

Kicauan burung di angkasa

Sungai mengalir tenang

Padi menguning emas

Kejauhan gunung ganang

Pasir landai puteh

Pantai yang bersih

Laut yang jernih

Hati yang kasih

 

Dalam benakku wajah ibu

Yang lusuh terharu

Betapa beratnya sebuat perpisahan

Ia merayuku:

Janganlah pergi,anak

Siapa kelak meredah onak

Belantara dan belukar hutan

Sawah ladang dan bendang

Pohonan yang rendang

Kebunan yang subur

Akan kehilangan wiranya

Engkaulah wira itu, anak

Wira alam nenek moyang.

 

Dalam benakku wajah ayah

Yang kental semangatnya

Dibenamnya segala duka

Diusirnya segala hiba

Ia berzikir,berzikir dan berzikir

La ilaha ilallah

La ilaha ilallah

La ilaha ilallah

Bersolat dan berdoa

Lalu katanya:

“Pergilah anak,

Pergi harungi ombak

Redah laut saujana

Daki gunung puncaknya

Engkau bakal merobah warna

Tinggalkan teratak ini

Tinggalkan desa peribumi

Sekarang masanya kembara

Demi sebuah obor

Yang nanti menerangimu

Menerangi pertiwimu”.

 

Maka dengan ghairah melangkah

Melewati sempadan melewati daerah

Lalu berlabuh di sebuah pulau

Bernama Tamasik di tasiknya

Menghirup air jernih rabbani

Di tangan muallim yang berkah

Mengukir syakhsiyyah indah

Menyemai benih bertuah

Membentuk generasi ummah

Demikian rahsia penerokaan

Bermula dari satu titik

Dari satu keyakinan

Kembanglah bunga impian

Menghiasi sebuah watan

Mengisi peradaban.

 

Ditiup sepoi bayu

Terkembanglah layar sampanku

Menyusur pesisir waktu

Menyeberangi selat

Sebuah keazaman terpegang

Genggam bara

Biar sampai jadi arang

Tekad ke mercu memacu kudaku

Ke tengah padang pasir

Bumi para anbia

Ku temui butiran mutiara

Yang bersinar gemerlapan

Wahyu Ilahi warisan Junjungan.

 

Seruling kafilah merdunya

Mempesona kembara yang rindu

Lalu kureguk air

Dari telaga Nabi Yusuf

Dari bumi Nabi Musa

Firasat yang menyelamatkan umat

Tongkat yang menyelamatkan umat

Sebenarnya bumi ini penyelamat

Dari menaranya yang perkasa

Menggamit umat di seluruh benua.

 

Maka aku pun pulang

Di senja yang benderang

Dengan secebis obor

Menerangi jalan berliku

Dengan sekuntum bunga

Untuk bondaku:

Darussalam.

 

(Pg Mohammad Abd Rahman)

 

 

 

ILMU PENGETAHUAN

 

Bungsu noormala cempaka melati

Disunting oleh dang manda tawati

Ilmu pengetahuan pelita hati

Mata pelajaran tiada leti.

 

 

Mata pelajaran suli berakar

Ilmu pengetahuan sentiasa mekar

Di bandar, di desa, di hutan belukar,

Siapa berilmu jarangkan sukar.

 

 

Tuntutlah ilmu jauh dan dekat,

Ilmu kebajikan laila diikat

Ke dalam dada biar dilekat

Supaya pendapat tiada singkat.

 

 

Ilmu itu pelita hati

Dapat mengira untung dan rugi

Senang menduga saudara sebati

Panduan memilih elok dan keji.

 

 

Wahai juita laila kencana

Carilah ilmu laila berguna

Duduki persekolahan dengannya baina

Dapat menambah akal sempurna.

 

 

Dengan akal dapat membezakan

Intan dan batu dibandingkan

Emas dan perak dapat disatukan

Perkara yang sulit senang dipermudahkan.

 

 

Akal sempurna laila bertambah

Kalam sujud berdatang sembah

Membawa fikiran laila bertambah

Indah pendapat laila bersibah.

 

 

Wahai anakanda laila bengsawan

Tuntutlah ilmu pengetahuan

Ilmu pengetahuan mata panduan

Mata pelajaran punca haluan.

 

 

Ialah senjata amat berguna

Dapat dibawa ke sini sana

Walau dibawa ke mana-mana

Tidak sekali terkena juajana.

 

Ialah sahabat yang pengasih

Barang setapak tidak bergalih

Boleh dijadikan pahlawan terpilih

Kebal dan kuat tiada dikalih.

 

 

Tuntutlah ilmu yang kebaikan

Carilah pelajaran yang berkebajikan

Mempelajari ilmu untuk keelokan

Mencari pelajaran untuk kebaikan.

 

 

Menuntut ilmu sangat disuruh

Jangan memilih dekat dan jauh

Hendaklah dikaji bersungguh-sungguh

Mudah-mudahan menjadi pelita suluh.

 

 

Pelajaran berekonomi hendaklah dicari

Seberapa boleh dipelajari

Bentuk rancangan peta berdiri

Semestinyalah kekal laila johari.

 

 

Ilmu pengetahuan dan pelajaran

Berserta dengan kemahiran

Menyenangkan usaha laila fikiran

Boleh merancang peta ukiran.

 

 

Ilmu pengetauan bukan sedikit

Kalau ditumpuk mengalahkan bukit

Dapat menyandangkan yang mana sakit

Dapat mengubat berjenis penyakit.

 

 

(PENYAIR DIRAJA SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN)

SEKOLAH MENENGAH BERAKAS, JALAN MUARA

RANCANGAN TINDAKAN / ACTION PLAN

BIDANG / AREA OF CONCERN : 1. Ugama 2. Bahasa Arab 3. PAI & al-Quran

TAHUN / YEAR : 2008

Matalamat

Objectives

Kegiatan dengan batasan masa

Activities with time frame

Penggunaan sumber perkembangan

Resource utilization and development

Penilaian dan tindakan susulan.

Review and follow-up Action

1. Melaksanakan sistem penilaian mata pelajaran Ugama, Bahasa Arab, PAI & al-Quran 2008

1. Jadual tugasan bagi membuat kertas soalan akan disediakan mengikut level masing-masing.

2. Sasaran meliputi:

Ugama – Esei pendek

B.Arab - Objektif dan esei pendek

PAI – Ujian lisan & Esei pendek

Al-Quran – Ujian lisan (Bacaan & Hafalan)

3. Masa diperuntukan satu jam setengah

4. Tarikh penilaian ialah mengikut penilian sekolah tahun 2008 M

1. Kertas soalan dengan peruntukan sekolah

2. Soalan mengikut format yang disediakan oleh pihak Kementerian.

3. Rujukan dengan menggunakan nota pelajaran dan buku teks mengikut level masing-masing.

Memantau setiap orang guru di bawah Jabatan ini sejauhmana kerjasama yang diberikan oleh mereka.

2. Meningkatkan prestasi pencapaian keputusan peperiksaan terutama dalam peperiksaan awam (PMB dan Peperiksaan ‘O’ Level )

2008 Target(kredit):

i. Bagi keputusan PMB.

58% (IRK),48% (B.Arab),52% (PAI)

ii. 60% (IRK) bagi ‘O’ Level

1. Mengadakan kelas tambahan

2. Membuat analisis kertas-kertas soalan tahun-tahun yang lepas

3. Membanyakkan dan mempelbagaikan latihan-latihan kepada pelajar

4. Mempelbagaikan teknik pengajaran terutama dalam penyediaan alat bantu mengajar.

1. Menggunakan bilik yang kosong pada waktu petang

2. Kertas-kertas soalan tahun-tahun yang lepas

3. Latihan & kerjarumah setiap minggu merujuk kertas-kertas soalan tahun-tahun yang lepas.

4. Menggunakan gambar-gambar, carta, OHP, TV & VCD, Radio & Kaset,Komputer dll.

Membuat laporan dan melihat pencapaian akademik pelajar setiap lepas ujian & peperiksaan.

3. Melengkapkan keperluan Jabatan:

i. Bilik Jabatan Ugama

ii. Bilik Ibadat (SURAU)

iii. Perpustakaan Bilik Ibadat

1. Mengemaskinikan kerja-kerja Jabatan dan guru-guru ugama

2. Bilik mesyuarat, memudahkan kerja-kerja Jabatan Ugama.

3. Untuk rujukan guru-guru dan pelajar yang memerlukan.

1. Membukukan sukatan pelajaran bagi mata perlajaran Ugama (semua peringkat dan tingkatan), B.Arab dan PAI.

2.Mengumpulkan “past year question paper” bagi ‘O’ Level.

Menghadapkan perkara ini (keperluan Jabatan) kepada Pihak pengetua & mereka yang berkenaan untuk tindakan lanjut.

4. Menambah keyakinan pelajar sebagai satu usaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

1. Sembahyang Hajat berjemaah & Doa kejayaan dalam peperiksaan oleh Imam Masjid Serusop.

2. Membaca Yassin,Tahlil & Doa kejayaan khusus bagi pelajar M3 & M5.

1. Masjid Serusop.

Semua guru-guru yang berugama Islam, pelajar-pelajar, ibubapa pelajar terlibat dialu-alukan untuk berjemaah sama.

2. Dewan Anggerek/Dewan

Delima Sekolah Menengah

Berakas

Akan diadakan setiap tahun InsyaAllah sebelum peperiksaan dijalankan.

SEKOLAH MENENGAH BERAKAS, JALAN MUARA

RANCANGAN TINDAKAN / ACTION PLAN

BIDANG / AREA OF CONCERN : Aktiviti Tahunan

TAHUN / YEAR : 2008

Matlamat

Objectives

Kegiatan dengan batasan masa

Activities with time frame

Penggunaan sumber perkembangan

Resource utilization and development

Penilaian dan tindakan susulan.

Review and follow-up

Action

1. Membentuk  kerohaniandengan nilai-nilai Islam.

§ Membentuk peribadi & sikap yang baik,berkerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

§ Membentuk sikap bertanggungjawab terhadap diri,rakan-rakan dan komuniti sekolah.

1. Mengadakan bacaan Surah Yassin dan Tahlil pada awal tahun dan akhir tahun.

2. Surah Yassin dan doa selamat pd awal dan akhir penggal persekolahan

1. Dewan sekolah Menengah Berakas. Melibatkan semua Guru agama sesi pagi & petang; guru yang berugama Islam & pihak pentadbiran SMB.

2.Surau/Blik darjah

1. Kerjasama daripada Semua guru diperlukan. Penyediaan alat kelengkapan seperti kerusi, alat pembesar suara & buku surah Yassin & Tahlil.

2. Dilaksanakan oleh guru ugama kelas masing-masing.

2.Menyokong hasrat Negara, pihak kementerian & Sekolah.

§ Menimbulkan rasa tanggungjawab dan hormat kepada keluarga, sekolah dan negara.

§ Memantau penglibatan guru-guru ugama dan pelajar-pelajar yang berbakat dan berpotensi utk masa hadapan mereka.

1. Sambutan Awal tahun Hijrah.

2. Maulud Nabi Muhammad SAW.

3. Sambutan Isra’ Mikraj.

1. Dewan Delima SMB. Lantikan AJK. Sumber kewangan Pihak sekolah dan Jabatan. Ceramah khas Hijrah . Penceramah drpd Jbtn Hal Ehwal Masjid.

2.1. Padang Sultan Omar Ali Saifuddin. Semua guru yang berugama Islam (lelaki) dan sebahagian pelajar (lelaki).

3.Persembahan Pelajar dan ceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah.

2.1. Mengikut Rancangan Sekolah

2.2. Mengikut Rancangan Sekolah

2. 3. Mengikut Rrancangan

Sekolah

3. Melahirkan pelajar yang mahir dalam Dikir Daibaie & Dikir Syarafil Anam.

1. pelajar dan mengikuti pertandingan Dikir Daibaie & Dikir Syarafil Anam peringkat Sekolah dan Maktab.

2. Melatih pelajar dalam syarahan

Ugama

3.Mencari pelajar yang berbakat dan berkebolehan utk wakl sekolah

1. Surau SMB.

2. Bilik Jabatan Ugama & Bahasa Arab

1. dengan pihak ko-Kurikulum bagi menyediakan tenaga pengajar bagi melatih guru dan pelajar yang terlibat.

4. Melahirkan pelajar yang mahir dalam bacaan al-Quran.

1. Melatih pelajar dan mengikuti pertandingan membaca ayat-ayat suci al-Quran peringkat Sekolah dan Maktab.

2. Mencari pelajar yang berkebolehan utk wakil sekolah

1. Surau SMB.

2.Bilik Jabatan Ugama & Bahasa Arab

1. Pihak sekolah perlu melantik guru-guru yang mahir dalam al-Quran (Tajwid & Lagu) untuk menjayakan perkara ini.

5. Meningkatkan kerjasama di antara guru-guru di bawah Jabatan ini dan pelajar sekelian.

§ Memperbaiki kualiti pengajaran guru

1. Pameran Jabatan Ugama, Bahasa Arab & PAI.

2. Taklimat utk guru

1. Bilik perpustakaan SMB.

2. Bilik peridangan

1. Akan diadakan mengikut jadual yg disediakan sekolah

6. Melahirkan kecintaan kepada kitab suci al-Quran dan menyemak serta memperbaiki bacaan masing-masing.

1. Bacaan al-Quran beramai-ramai sehingga khatam 30 juz.

2. Membaca Yassin & Surah-Surah

Pilihan.

3. Sembahyang Sunnat Doha.

1. Surau SMB. Semua guru yang beragama Islam lelaki & perempuan. Semua guru agama, Bahasa Arab & PAI dimestikan.

1. Akan diadakan pada bulan Ramadhan setiap tahun.

2. Di adakan seminggu

sekali

DISEDIAKAN OLEH

HJ.RAZALI BIN HJ. JUDIN

KETUA JABATAN UGAMA

& BAHASA ARAB.

1 DISEMBER 2008M

sk

Pengetua, SM Berakas.

Fail Jabatan Ugama & B. Arab SMB

MAKNA ISTILAH-ISTILAH

WARAN

WARAN PERBENDAHARAAN

  • Peruntokan yang dibenarkan bagi Kementerian-Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan
  • Kuasa untuk mengunakan peruntukan bagi tempoh satu tahun kewangan
  • Perbelanjaan hendaklah dilakukan mengikut peruntukan yang diluluskan
  • Amalan sikap berjimat cermat adalah dikehendaki
  • Setiap peruntukan hendaklah digunakan hanya untuk yang dimaksudkan sahaja dan perbelanjaan yang tidak betul adalah tidak dibenarkan oleh Jabatan Perbendaharaan
  • Mengandungi tiga bahagian iaitu : gaji bagi kakitangan, perbelanjaan berulang-ulang dan perbelanjaan khas

WARAN JABATAN

  • Kuasa untuk mengunakan peruntukan diberikan kepada jabatan lain
  • Melakukan perbelanjaan melalui pegawai dari jabatan lain contohnya membaiki kereta oleh JKR yang terkandong dalam waran jabatan
  • Perbelanjaan dilakukan adalah bagi maksud peruntokan yang dibenarkan seperti mana dinyatakan dalam Waran Perbendaharaan
  • Waran yang diberikan hendaklah ditandatangani oleh ‘Pegawai Pengawal’
  • Bagi sebarang berbelanjaan yang dilakukan, penyata perbelanjaan bulanan hendaklah diberikan kepada jabatan yang memberikan waran
  • Bagi waran yang diberikan, satu salinan hendaklah diberikan kepada jabatan audit dan kewangan

WARAN TAMBAHAN

  • Permohonan peruntukan tambahan bagi peruntukan yang tidak mencukupi atau peruntukan sangat diperlukan kerana tidak ada peruntukan dalam Waran Perbendaharaan untuk melakukan perberlanjaan
  • Permohonan tambahan yang dibenarkan melibatkan penambahan peruntukan bagi jumlah keseluruhan peruntukan dalam waran perbendaharaan
  • Permohonan dihadapkan dengan mengunakan borang permohonan waran tambahan kepada Kementerian Kewangan dalam empat salinan , setiap permohonan perlu mengandungi satu penjelasan mengenai dengan perbelanjaan yang dicadangkan atau sebab yang perlu
  • Permohonan hendaklah ditandatangani oleh pegawai pengawal

WARAN PINDAH PERUNTUKAN

  • Permohonan bagi pemindahan peruntukan dari satu tajuk kecil kepada tajuk kecil yang lain dalam lingkongan tajuk bebas yang sama
  • Tajuk kecil yang dikurangkan hendaklah terdapat lebihan peruntukan (savings) atau lebihan peruntukan yang tidak lagi diperlukan pada Tahun Kewangan yang berkenaan
  • Tajuk kecil yang ditambah hendaklah juga menyatakan keperluan tambahan peruntukan atau pun peruntukan tidak diperuntukkan dalam waran tambahan untuk melakukan perbelanjaan
  • Pemindahan peruntukan tidak melibatkan tambahan peruntukan bagi jumlah keseluruhan peruntukan dalam waran perbendaharaan
  • Tidak menambah jumlah peruntukan hanya dipindah dari satu tajuk ketajuk kecil yang lain dalam satu tajuk besar yang sama

WARAN PERJAWATAN

  • Waran bagi permohonan tambahan ataupun perubahan jawatan
  • Jawatan yang sudah diluluskan dalam waran perbendaharaan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Kementerian Kewangan
  • Menghadapkan borang waran perjawatan keKementerin Kewangan
  • Jumlah, kadar gaji dan jumlah lantikan tidak boleh diubah

PEMBAHAGIAN PERUNTUKAN DAN PERANCANGAN PERBELANJAAN

  • Peruntukan yang diluluskan hendaklah dibuat perancangan perbelanjaan atau pembahagian peruntukan
  • Pembahagian peruntukan jika perlu bolehlah dibuat kepada unit-unit dalam jabatan peruntukan dibahagikan mengikut jumlah yang difikirkan berpatutan
  • Manakala perancangan perbelanjaan mengikut keutamaan (priority) –adakah peruntukan mencukupi bagi apa juga projek yang akan dilaksanakan atau adakah mencukupi hingga ke akhir tahun
  • Samada tanggungan (liability) tahun lepas sudah diambil kira atau belum, jika ada ini akan melibatkan peruntukan semasa

Kawalan bagi perbelanjaan yang tidak berulang-ulang

(special expenditure)-FR55

  • Harus dikaji semula setiap perbelanjaan untuk mempastikan peruntukan adalah mencukupi
  • Kalau tidak pohonkan peruntukan (waran tambahan atau pindah peruntukan)

Kawalan bagi perbelanjaan yang berulang-ulang-FR56

  • Ketua pejabat hendaklah mempastikan pada setiap setengah tahun jumlah peruntukan pada tahun itu melebihi setengah daripada jumlah peruntukan pada tahun itu kecuali jika terdapat sebab-sebab khas
  • Jika boleh sebahagian daripada peruntukan disimpan untuk memenuhi perbelanjaan yang tidak dijangkakan
  • Pegawai pengawal hendaklah menyusun perbelanjaan untuk mengelakan kehabisan yang belum sampai waktunya
  • Jika habis sebelum waktunya tanpa sebab yang munasabah boleh dikenakan tata tertib

“Wang Kerajaan / Wang Negara” bermakna semua hasil, pinjaman, amanah dan wang lain dan semua bon, debenture dan sekuriti lain apa jua pun yang didapatkan atau diterima oleh atau atas akaun Negara Brunei Darussalam, termasuk wang hasil yang dikenali sebagai tulin dan kuripan yang dibayar oleh Kerajaan Sarawak dan Kerajaan North Borneo kepada Negara Brunei Darussalam tetapi tidak termasuk Zakat, Fitrah atau hasil dan wang-wang tabung ugama islam yang serupa


WANG PANJAR/PETTY CASH

FR 161 – Bila perlu untuk menggunakan wang yangmana baucar nya tidak boleh dikemukakan terus kepada Perbendaharaan bagi pembayaran maka akan menerima satu wang panjar.

Jumlah wang panjar dibenarkan oleh JABATAN PERBENDAHARAAN

FR 162 – Ketua jabatan mesti mengadakan buku panjar untuk merekod PENERIMAAN, PEMBAYARAN BALIK DAN PERBELANJAAN PANJAR

FR 163 – Apabila panjar semestinya ditambah, baucar-baucar pembayaran mesti dihadapkan ke Perbendaharaan untuk di masokkirakan baucar yang berbagai–bagai itu sebagai perbelanjaan dan membayar jumlah baucar itu kepada pemegang panjar

(NOTE: Pada bila-bila masa penerima panjar mesti ada WANG TUNAI ATAU BAUCAR-BAUCAR yang belum diserahkan ATAU Kedua-duanya yang jumlahnya sama dengan jumlah wang panjar)

FR 164 - Panjar hendaklah diperhitongkan dan dikembalikan ke Perbendaharaan pada setiap akhir tahun

WANG TARUHAN

FR 141- Wang yang diterima oleh Ketua Jabatan oleh sebab jawatannnya dan bukan yang bersumber dari peruntukan perbelanjaan , peruntukan hasil atau Kumpulanwang amanah dan hendaklah disimpan dalam kira-kira wang tarohan

FR 142 – Ketua jabatan bertanggung jawab menyimpan dengan betul kira-kira wang taruhan

FR 143 – wang taruhan dengan segera diperhitungkan dalam resit Perbendaharaan dan hendaklah menyebutkan nama penaroh dan jenis wang tarohan,

Penaroh hendaklah menjaga keselamatan borang resit kerana dia mungkin dikehendaki supaya menunjokkan nya apabila wang tarohan itu di keluarkan semula

FR 144 – Ketua jabatan hendaklah mempastikan berpuas hati bahawa orang itu adalah berhak menerima wang tersebut, hendaklah dirujok kepada lejar wang tarohan bahawa jumlah wang tarohan itu sebenarnya dalam tarohan,

Baucar pembayaran balik hendaklah menyebutkan nombor dan tarikh borang resit diatas mana wang traohan itu telah diterima dan jika ada borang resit asal hendaklah dikembarkan dan nombor serta tarikh baucar pembayaran hendaklah disebutkan didalam lejar wang tarohan itu.Jika borang resit asal tidak dapat diperolehi maka suatu surat Ganti rugi hendaklah diperolehi.

FR 145 – penyesuaian kira-kira wang taruhan hendaklah dibuat dengan jumlah di jabatan Pebendaharaan pada tiap-tiap tiga bulan dan pada akhir tahun Kewangan. Lapuran penyesuaian dihadapkan ke Jurukira Agung dan Juruaudit Agung.

FR 146 – jika belum dituntut selama tempoh 5 tahun wang taruhan diiklankan dalam surat khabar sebanyak 3 kali secara berturut-turut. Sebulan selepas penyiaran pemberitahuan ketiga maka wang tarohan tersebut hendaklah dipindahkan ke Kredit kira-kira hasil rampaian.

FR 147 – selepas dikredit ke akaun hasil boleh dikeluarkan jika Jurukira berpuas hati


Akaun kumpulan wang yang disatukan-Consolidated Fund

FR 58 – semua wang hasil dan wang yang diterima atau didapati oleh Kerajaan hendaklah dimasukkan kedalam dan dijadikan satu Kumpulanwang dikenali sebagi “Kumpulanwang yang disatukan

terdiri daripada 3 akaun yang berasingan

Akaun hasil yang disatukan yang akan menyimpan semua wang dalam kumpulanwang tersebut selain daripada wang zakat, fitrah etc

Akaun pinjaman yang disatukan yang akan menyimpan semua wang yang diterima dengan cara pinjaman ke atas kredit Kerajaan Negara Brunei Darussalam

Akaun amanah yang disatukan yang akan menyimpan semua wang yang diterima tertakluk kepada suatu amanah dan mestilah digunakan menurut syarat-syarat amanah itu

FR 65 – dikeluarkan dari Kumpulanwang yang disatukan adalah perbelanjaan-perbelanjaan seperti charged expenditure, supply expenditure iaitu Akta Perbelanjaan, pindahan kepada kumpulanwang Kemajuan dan pindahan kepada Kumpulan wang berkanun.

Consolidated Fund

Charged Expenditure Statutory Fund Development Fund Supply Bill

1) Charged Expenditure (Perbelanjaan diakui)

Perbelanjaan yang diakui seperti Civil List Expenditure, Pension dan Baksis, Gaji dan Elaun Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

2) Statutory Fund (Wang Berkanun)

Kumpulanwang yang disebutkan didalam Perlembagaan dan termasuk dalam Akaun Amanah Kerajaan yang Disatukan contohnya adalah Pinjaman Perumahan, Pinjaman Kereta, Advance, Petty cash, Kumpulanwang Gagasan dan Akaun Perdagangan,Trading Account (untuk pembelian barang-barang yang tak beruntuk e.g. electrical equipment at JE, rice at ITSS), Contingency Fund (Wang Gagasan –B$50 juta) etc.

3) Development Fund

Perbelanjaan Pembangunan (Rancangan Kemajuan Negara, RKN) dana yang diperuntukkan untuk membiayai projek-projek RKN bagi perancangan 5 tahun.

4) Supply Bill (Perbelanjaan Perbekalan / Perbelanjaan Tahunan)

Perbelanjaan perbekalan yang dibahagikan kepada

a. Personal Emolument, PE (Gaji)

b. Annual Recurrent, OCAR (Perbelanjaan berulang-ulang)

c. Special Expenditure, OCSE (Perbelanjaan khas)

Kumpulanwang Luarjangka/Wang Gagasan (Contingency Fund)

Jika timbul satu keperluan yang mendesak dan tidak diduga bagi perbelanjaan yang tidak didapati dalam peruntukan lain, pinjaman wang dibuat dari kumpulanwang ini.

-kebenaran melalui Kementerian Kewangan

-Pinjaman ini mesti diganti semula

-sejumlah $50 juta disediakan dibawah Kumpulanwang Berkanun bagi membiayai keperluan Tambahan Peruntukan tertakluk pada baki yang ada: setiap peruntukan yang diambil akan diganti melalui Rang Perintah Perbelanjaan Tambahan


q Unallocated Stores (Barang – Barang Ta’Beruntok) (FR.504)

ialah barang-barang stor yang belum lagi diperuntukkan peruntukan dan yang dibiayai melalui dana berkanun. Semua barang-barang stor tidak beruntuk hendaklah dinyatakan banyaknya dan harganya dan “Trading Account” perlu disediakan.

Contoh: Beras, Gula, Minyak Petrol, Lampu-Lampu Bulb, Barang-Barang Jualan di Pusat Kesenian

q Allocated Stores (Barang-Barang Beruntok) (FR.505)

ialah barang-barang yang dibeli melalui tajuk peruntukan kementerian atau jabatan yang diketahui, atau diterima daripada Barang-Barang Ta’Beruntok.

7 jenis waran (1 year validity from 1 April till 31 March)

1) Waran Perbendaharaan (Treasury Warrant)

Suratkuasa daripada Jurukira Agung kepada Pegawai Pengawal untuk melakukan perbelanjaan. Waran ini berkuatkuasa bagi tahun kewangan mulai 1 April hingga 31 Mac tahun berikutnya.

2) Waran Hasil (Revenue Warrant)

Suratkuasa daripada Jurukira Agung kepada Pegawai Pengawal untuk melakukan pengutipan hasil bagi kegiatan-kegiatan jabatan atau kementerian. Waran ini berkuatkuasa bagi tahun kewangan mulai 1 April hingga 31 Mac tahun berikutnya.

3) Waran Pindah Peruntukan (Virement Warrant)

Kebenaran yang dipohonkan apabila pejabat itu mengkehendaki penambahan peruntukan yang mana peruntukan itu akan dibiayai melalui akaun yang lain di bawah kawalan jabatan atau kementerian yang sama.

4) Waran Tambah Peruntukan (Supplementary Warrant)

Kebenaran yang dipohonkan apabila pejabat itu mengkehendaki penambahan peruntukan yang mana peruntukan itu akan dibiayai melalui direct warrant atau contingency fund (wang gagasan).

5) Waran Perjawatan (Establishment Warrant)

Kebenaran yang dipohonkan oleh jabatan atau kementerian (setelah skim perkhidmatan diluluskan) bagi tujuan menambah jawatan atau mengubah gelaran jawatan.

6) Waran Jabatan (Departmental Warrant)

Suratkuasa yang dikeluarkan untuk mendapatkan perkhidmatan dari jabatan lain dengan penggunaan peruntukan jabatan sendiri.

7) Waran Tuntutan Kewangan (Financial Requisition)

Suratkuasa yang dipohonkan untuk mengeluarkan dalam tahun kewangan peruntukan kewangan di bawah tajuk yang termasuk di dalam angaaran-anggaran hasil dan perbelanjaan.

DISEDIAKAN OLEH: HAJI RAZALI BIN HAJI JUDIN (00-118319)

Proposal Kajian Ilmiah Bagi Program Sarjana Pendidikan ( Pengajian Islam)

Tajuk:

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR DALAM PEPERIKSAAN GCE ‘O’ LEVEL BAGI MATA PELAJARAN PENGETAHUAN UGAMA ISLAM DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BAB I

Pendahuluan

1.1 Latarbelakang Kajian

Dalam pertengahan tahun 1965, Jabatan Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Jabatan Pelajaran secara rasmi memperkenalkan satu mata pelajaran baru yang dipanggil Pengetahuan Ugama Islam yang diajarkan kepada penuntut-penuntut sekolah rendah dan menengah kerajaan yang berbahasa pengantar Melayu dan Inggeris. Sejak dari tahun itu, setiap sekolah kerajaan dan hampir keseluruhan sekolah misi yang mempunyai penuntut-penuntut Islam memasukkan pengajaran mata pelajaran ini dalam jadual waktu mereka ( Beriga April-Jun, 1988). Fakta ini menunjukkan bahawa mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam adalah antara mata pelajaran yang awal diajarkan di sekolah-sekolah menengah kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Seterusnya, mata pelajaran ini telah dimasukkan ke dalam kumpulan mata pelajaran yang boleh di ambil oleh pelajar dalam peperiksaan ‘O’ Level. Namun demikian, beberapa tahun kebelakangan ini ternyata pencapaian pelajar dalam peperiksaan ‘O’ Level bagi mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di beberapa buah sekolah menengah kerajaan semakin menurun dan tiada peningkatan.

Sebilangan pelajar menganggap mata pelajaran pengetahuan agama Islam kurang penting berbanding dengan mata pelajaran yang lain dan tiada manfaatnya untuk masa depan mereka. Selain itu mereka juga menganggapnya sebagai satu mata pelajaran yang senang untuk lulus. Oleh itu mereka kurang memberi tumpuan kepada mata pelajaran ini.

Menurut Hj.Dasuki Hj.Ahmad (1986) pengetahuan ugama Islam di sekolah dianggap sama seperti pelajaran lain malahan kedudukannya adalah lebih rendah dari mata pelajaran lain. Oleh sebab statusnya rendah bila dibandingkan dengan mata pelajaran lain maka ia juga menerima layanan yang setimpal dengan kedudukannya itu. Seterusnya beliau menjelaskan, mata pelajaran pengetahuan ugama Islam yang tidak boleh mempengaruhi kedudukan seseorang itu tidak akan mendapat penekanan yang sewajarnya. Dengan itu mata pelajaran ini terpencil dari mata pelajaran lain yang dianggap lebih “berguna”.

1.2 Permasalahan Kajian

Memandang zaman silam kita akan mendapati bahawa pelajar-pelajar era 80 an dan 90 an lebih mampu untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran pengetahuan ugama Islam sebanding dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Lukisan.

Oleh kerana itu pengkaji merasa sudah tiba masanya untuk semua pihak khususnya pelajar-pelajar dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran pengetahuan ugama Islam menilai semula tanggapan mereka ,mencari di mana kesilapan yang harus dibetulkan dan kekurangan yang patut disempurnakan agar pelajar-pelajar dapat mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran pengetahuan ugama Islam.

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan latarbelakang masalah yang dinyatakan, kajian ini akan memberikan tumpuan secara keseluruhannya kepada perkara-perkara berikut:

a. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pengetahuan ugama Islam yang diajarkan di sekolah menengah Kerajaan dan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

b. Mengenalpasti persepsi guru terhadap mata pelajaran pengetahuan ugama Islam yang diajarkan di sekolah menengah Kerajaan dan pelajar yang mempelajari pelajaran tersebut.

c. Meninjau perbezaan persepsi pelajar dan guru terhadap mata pelajaran pengetahuan ugama Islam yang diajarkan di sekolah menengah kerajaan.

1.4 Persoalan Kajian

Dari beberapa penumpuan yang dinyatakan di atas, maka jawapan kepada persoalan-persoalan berikut ingin dikenal pasti iaitu:

a. Apakah tanggapan sebenar pelajar terhadap mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam yang diajarkan di sekolah-sekolah menengah kerajaan zaman sekarang dan tanggapan mereka terhadap guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Seterusnya, bagaimana cara untuk mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran tersebut agar mereka beroleh kejayaan akademik yang cemerlang di dalam peperiksaan ‘O’ Level.

b. Apakah tanggapan sebenar guru-guru mengenai kedudukan atau kepentingan mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam dan isi kandungannya yang diajarkan di sekolah-sekolah menengah kerajaan khasnya bagi menengah lima ‘O’ Level serta pelajar-pelajar yang mempelajari pelajaran tersebut. Seterusnya, bagaimana caranya untuk menarik dan menanamkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam sehingga membuahkan hasil iaitu kejayaan akademik dengan cemerlang dalam peperiksaan ‘O’ Level.

c. Mengenal pasti punca-punca kemerosotan pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam peperiksaan ‘O’ Level bagi mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di sekolah-sekolah menengah kerajaan. Adakah ia berpunca dari pelajar sendiri secara individu, atau berpunca daripada pihak guru yang mengajar pelajaran tersebut atau lain-lain faktor yang berkaitan dengannya. Seterusnya, memperbaiki kelemahan yang ada, menambah usaha yang kurang dan mencari jalan yang terbaik agar kemerosotan pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam peperiksaan ‘O’ Level bagi mata pelajaran ini tidak berpanjangan.

1.5 Kepentingan Kajian

Saya yakin hasil kajian ini sangat berguna dan amat penting kepada pihak-pihak berikut:

a. Pihak pentadbir sekolah dalam memantau sejauh mana keberkesanan pengajaran guru-guru ugama dan sikap pelajar-pelajar terhadap kepentingan mata pelajaran pengetahuan ugama Islam bagi tujuan tercapainya matlamat pengajaran mata pelajaran pengetahuan ugama Islam.

b.Pihak sekolah khususnya guru-guru ugama yang mengajar menengah lima ‘O’ Level untuk sama-sama memperbaiki dan meningkatkan lagi cara atau metod pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pengetahuan ugama Islam untuk sama-sama meraih kecemerlangan di masa depan.

c.Pihak yang terlibat dengan pengurusan secara amnya yang meliputi Kementerian Hal Ehwal Ugama,Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Pendidikan,Jabatan Sekolah-Sekolah dan Jabatan Peperiksaan serta sekolah-sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam.

d. Sebagai rujukan kepada individu yang berminat untuk membuat kajian dalam bidang yang sama.

1.6 Batasan Kajian

a. Kajian ini di lakukan di dalam kawasan Daerah Brunei Muara sahaja iaitu satu daerah yang mempunyai sekolah menengah kerajaan yang terbanyak di Negara Brunei Darussalam. Kajian ini juga terbatas kepada pelajar-pelajar yang menuntut dalam tingkatan lima ‘O’ Level

khususnya mereka yang mengambil mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam. Kajian juga akan dilaksanakan ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran pengetahuan ugama Islam di beberapa buah sekolah menengah kerajaan yang terpilih sahaja. Oleh itu, hasil dan kesimpulan kajian ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi sekolah yang berlainan.

b. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soalselidik.Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklumbalas melalui soalselidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soalselidik.

1.7 Definisi Istilah

a. Guru

b. Pelajar

c. Pengetahuan Ugama Islam

d. Sekolah Menengah Kerajaan

2. Literatur Berkaitan

2.1 Pengenalan

Kajian menunjukkan dengan mengetahui kelemahan dan kekuatan kita sama ada sebagai pelajar atau sebagai tenaga pengajar kita akan dapat meraih kecemerlangan dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Kelemahan yang ada mestilah diperbaiki dan kekuatan yang kita ada hendaknya dikongsikan bersama.

Allah swt berfirman dalam surah An-Nahl, ayat 125 yang bermaksud “Serukanlah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan pengajaran yang baik”. Ayat ini menunjukkan bahawa apabila kita hendak membimbing seseorang itu hendaklah kita membimbingnya dengan bijaksana dan apabila kita hendak memberi pengajaran maka hendaklah kita memberi pengajaran dengan cara yang terbaik agar mudah difahami oleh mereka yang menerima pengajaran tersebut.

Menurut Crow dan Crow (1983) “Bodohlah kita kalau kita tidak mengetahui yang manusia itu adalah berbeza antara satu sama lain dan pada diri mereka sendiri dalam darjah pencapaian mereka yang boleh diperhatikan mengenai sesuatu bidang perlakuan…”.

Justeru itu kajian yang dijalankan adalah mengenai kemerosotan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan ‘O’ Level bagi mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di sekolah-sekolah menengah Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

2.2 Liputan Kajian Lepas

Liputan kajian lepas merupakan kajian yang diambil dari beberapa kajian yang telah dibuat oleh beberapa orang pengkaji dan penyelidik yang mempunyai pola yang sama dan bersesuaian dengan tajuk kajian ini.

2.3 Rumusan

Rumusan bagi bahagian ini adalah berdasarkan kajian-kajian lepas yang menunjukkan adanya faktor-faktor yang saling berkait yang wujud pada diri individu pelajar dan guru itu sendiri sebagai tenaga pengajarnya.

3. Metod Kajian

3.1 Pengenalan

Bahagian ini akan menghuraikan secara ringkas metod yang digunakan dalam kajian ini.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan. Data kajian akan dikutip daripada sampel melalui soalselidik. Pendekatan ini dipilih kerana cara ini dapat memperolehi data terpiawai dengan berkesan dan mudah. Burns (1990) menyatakan kaedah tinjauan bersifat saintifik,logik dan khusus. Melalui kaedah ini ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi. Manakala pelajar-pelajar dan guru-guru pula lebih memahami mengenai perkara-perkara yang perlu dinilai berbanding dengan cara penilaian yang lain.

3.3 Populasi Kajian

Populasi sasaran kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar dibeberapa buah sekolah menengah kerajaan yang belajar mata pelajaran pengetahuan ugama Islam dan guru-guru ugama sebagai tenaga pengajarnya, di Daerah Brunei Muara,Negara Brunei Darussalam. Pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam populasi kajian ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai latarbelakang yang berbeza.

3.4 Kaedah Persampelan

Untuk kajian ini bilangan sampel digunakan adalah 700 orang pelajar dan 40 orang guru-guru ugama dari 14 buah sekolah menengah kerajaan. Menerusi kajian ini pelajar-pelajar dan guru-guru ugama akan berpeluang menilai dan melahirkan pendapat yang bernas mengenai kemerosotan pencapaian akademik dalam peperiksaan ‘O’ Level bagi mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam serta bagaimana cara mengatasinya.

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soalselidik latarbelakang pelajar dan guru ugama. Soalselidik latarbelakang pelajar dan guru ditempatkan di bahagian ‘A’ yang terdiri dari tiga item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latarbelakang responden termasuk soal mengenai jantina,umur dan kelas. Responden dikehendaki memberi jawapan yang berkaitan dengan diri mereka dengan menandakan [] pada kotak yang disediakan. Setiap item di bahagian ini diukur pada tahap nominal dan tiada sebarang pemarkahan diberikan.

Bahagian ‘B’ soalselidik pula pengkaji akan menggunakan soalselidik yang digubal/ditulis/dicipta oleh pengkaji yang lalu yang telah disahkan kebolehpercayaan dan validitinya. Soalselidik tersebut mengandungi 30 item. Responden dikehendaki menjawab kesemua item tersebut. Setiap item akan diberi markah sebagaimana dimaksudkan dalam soalselidik.

Borang kajiselidik dibahagi dua iaitu satu untuk pelajar dan satu untuk guru.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soalselidik. Pengumpulan data soalselidik akan dilakukan dalam tempoh dua minggu dan diharap soalan-soalan yang dikemukakan akan dijawab oleh pelajar-pelajar serta guru-guru dengan baik dan memuaskan. Borang soalselidik diedarkan kepada responden samaada melalui ketua jabatan ugama atau ketua guru ugama atau guru-guru mata pelajaran ugama responden untuk membantu penyelidik mentadbir,mengedar dan mengumpulkan borang soalselidik. Selain itu pelajar dan guru juga diberi penerangan mengenai dengan tujuan kajian dan diberi tempoh selama dua hari untuk melengkapkan borang soalselidik dan dikembalikan kepada guru-guru mata pelajaran ugama masing-masing.

Sebelum kajian ini dijalankan, penyelidik terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak-pihak tertentu seperti penyelia pengkaji di UBD,Pengarah Sekolah-sekolah bahagian Menengah dan pengetua sekolah berkenaan. Tujuannya supaya segala prosedur kajian dipatuhi dan memudahkan kajian ini dilaksanakan agar tidak menyusahkan mana-mana pihak yang terlibat. Selain itu, surat kebenaran penting bagi meyakinkan responden mengenai kepentingan kajian yang dijalankan dan kejujuran pelajar untuk menjawab soalan soalselidik adalah amat mustahak.

3.7 Penganalisisan Data

Dalam kajian ini data yang dikumpul melalui soalselidik akan diproses dan dianalisis dengan menggunakan program SPSS ( Statistical Packages For Social Science) for MS Windows release 6.1. Proses penganalisisan dapat melibatkan dua jenis analisis iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi.

4. Analisis dan Perbincangan Dapatan Kajian

4.1 Pengenalan

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan hasil keputusan analisis statistic yang telah dilakukan. Setelah membentangkan profil responden, perbincangan ditumpukan kepada beberapa soalan kajian yang diajukan.

4.2 Profil Responden

Profil responden dianalisis daripada maklumat yang diperolehi dari bahagian ‘A’ borang soalselidik. Profil responden ditunjukkan dalam jadual yang dilampirkan/dikemukakan.

4.3 Dapatan dan Perbincangan Hasil Kajian

Dapatan kajian akan dibincangkan mengikut soalan kajian dan diperjelaskan dalam jadual yang akan dilampirkan/dikemukakan.

5. Rumusan dan Cadangan

5.1 Pengenalan

Bahagian ini akan membincangkan mengenai dapatan-dapatan dari analisis data yang telah dibuat dalam Bahagian IV.

6. Rancangan Kajian

Kajian dirancangkan mengambil masa lebih kurang enam bulan iaitu pada keseluruhan kajian dari awal perancangan hinggalah ke penulisan laporan. Ini meliputi :

a. Pengumpulan data selama lebih kurang sebulan.

b. Analisis data selama lebih kurang sebulan.

c. Membuat kesimpulan lebih kurang sebulan.

d. Penulisan laporan lebih kurang dua bulan.

d. Penyemakan lebih kurang satu bulan.

Dalam tempoh tersebut maklumat tentang berbagai aspek kajian ini akan dikutip. Untuk menentukan tempat kajian perlu pemantauan yang boleh menentukan pihak-pihak yang terlibat memberikan informasi yang menyeluruh berhubung dengan kajian yang dibuat selaras dengan tujuannya. Oleh kerana itu, diusahakan agar pelajar,guru dan pihak yang bersangkutan dilibatkan pada keseluruhannya. Ini bererti kita bukan sahaja akan mendapat maklumbalas dari pelajar dengan jumlah bilangan yang banyak, begitu juga pandangan guru-guru ugama yang terlibat malah akan sama-sama menilai,mencari jalan penyelesaian dan memberikan pendapat yang bernas bagi sama-sama meningkatkan kembali kecemerlangan akademik dalam mata pelajaran pengetahuan ugama Islam.

7. Rancangan Penulisan

Bab I : Pendahuluan

1.1. Latarbelakang Kajian.

1.2. Permasalahan Kajian.

1.3. Objektif Kajian.

1.4. Persoalan Kajian.

1.5. Kepentingan Kajian.

1.6. Batasan Kajian.

1.7. Definisi Istilah.

Bab II : Literatur Berkaitan

2.1. Pengenalan.

2.2. Tinjauan Kajian Lepas

2.3. Rumusan

Bab III : Metod Kajian

3.1. Pengenalan

3.2. Rekabentuk Kajian

3.3. Populasi Kajian

3.4. Kaedah Persampelan

3.5. Instrumen Kajian

3.6. Prosedur Pengumpulan Data

3.7. Penganalisisan Data

Bab IV : Analisis dan Perbincangan

4.1. Pengenalan

4.2. Profil Responden

4.3. Dapatan dan Perbincanagn Hasil Kajian

Bab V : Rumusan dan Cadangan

5.1. Pengenalan

5.2. Rumusan dan Implikasi

5.3. Cadangan

Kesimpulan

RUJUKAN

Al-Quran

Al-Hadith

Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh. 1982. Dasar-Dasar Pendidikan Menurut Islam. Kota Bharu. Kelantan.Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.

Abdullah Nasih Ulwan. 1991. Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam. Singapura. Pustaka Nasional.

Abdul Halim El-Muhammady. 1991. Pendidikan Islam . Petaling Jaya, Selangor. Dewan Pustaka Ilmi

Abdullah Ishak. 1989. Sejarah Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam. Selangor,Malaysia.Al-Rahmaniah.

Abdullah Muhammad Zin,Zulkiplie Abd.Ghani & Abdul Ghafar Hj.Don. 2005. Pendidikan Islam di Malaysia Dari Pondok Ke Universiti. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azhar Harun & Nawi Abdullah. 2004. Metodologi Penyelidikan Ekonomi Dan Sains Sosial. Singapore. Thomson.

Azizi Yahaya,Shahrin Hashim,Jamaludin Ramli,Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Crow dan Crow. 1983. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Muhamad Amin Al-Misri. 1987. Pedoman Pendidikan Masyarakat Islam Modern. Bandung. Penerbit Husaini.

Ghazali Darusalam. 2004. Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

H Syamsul Bahri Tanrere. 1993. Kaedah Pengajaran Pendidikan Agama. Brunei. Universiti Brunei Darussalam.

H Syamsul Bahri Tanrere. 1989. Pemikiran Pendidikan Dalam Islam.Brunei. Universiti Brunei Darussalam.

Haji Awang Asbol bin Haji Mail.2006. Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985. Negara Brunei Darussalam. Pusat Sejarah Brunei. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Harun Din & Sobri Salamon. 1988. Masalah Pendidikan Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur. Al-Rahmaniah

Hassan Langgulung. 1981. Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Antara.

Ibrahim Saad. 1986. Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ab. Rahman. 1993. Pendidikan Islam Malaysia. Bangi,Selangor. Penerbit Universiti Kebangsan Malaysia.

Kamarudin Hj. Kachar. 1989. Strategi Penerapan Nilai-Nilai Islam Di Institusi Pendidikan. Selangor . Teks Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Yusuf Ahmad. 2004. Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya,

Muhammad Salih Samak. 1980. Ilmu Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Al-Syaibani. 1991. Falsafah Pendidikan Islam.Shah Alam,Selangor Darul Ehsan. Hizbi.

Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas. 1992. Tujuan Dan Objektif Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tajul Ariffin Noordin. 1990. Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusuf Qardhawi. 1986. Sistem Pendidikan Ikhwanul Muslimin. Johor Baru,Malaysia. Thinker’s Library Sdn Bhd.

Lampiran

Disediakan oleh:

Hj.Razali bin Hj.Judin (00-118319)

No.2 Spg 135-25 Kg. Terunjing Baru

Jln Terunjing Baharu, Berakas

Negara Brunei Darussalam

Pada 22 April 2000, saya bersama satu rombongan yang terdiri daripada penduduk-penduduk Mukim Berakas ‘A’ telah berangkat ke negeri Sabah. Tujuan utamanya ialah untuk menguasai Gunung Kinabalu. Kumpulan ini dinamakan sebagai rombongan Tahan Lasak. Ini bukanlah kali pertama ia di adakan. Majlis penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam dan tanda pengenalan Mukim Berakas ‘A’ telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Berakas ‘A’ Cikgu Haji Ahmad Husain kepada ketua rombongan Mejar (B) Haji Jair bin Haji Abd Wahab, ketua kampong Lambak ‘B’.

Kegiatan ini adalah salah satu kegiatan tahunan bagi Mukim Berakas ‘A’. Selain untuk menundukkan Gunung Kinabalu ia juga bertujuan untuk menimba pengalaman di samping mencuba ketahanan fizikal dan mental serta menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada.

Walaupun pada mulanya ramai daripada ahli rombongan yang mengikuti pendakian ini tetapi hanya lima orang sahaja yang telah berjaya mendaki Gunung Kinabalu tersebut hingga ke kemuncaknya. Di antaranya ialah saya sendiri, Hj Jamal,Hj Jair dan anak buahnya, dan pelajar saya di SMB. Kami bertolak dari rumah tumpangan dalam pukul tiga pagi dan sampai ke kemuncaknya sebelum jam tujuh pagi. Dari kemuncak Gunung Kinabalu kami dapat menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan dan seterusnya terdetak dihati dan fikiran betapa kebesaran Tuhan Yang Maha Esa. Dengan pencapaian tersebut kami telah dikurniakan sijil penyertaan dan sijil kelayakan pendakian.

scan0001.jpg

Anak adalah anugerah daripada Allah swt. Anak mestilah dijaga dari kecil hinggalah ia pandai hidup berdikari sendiri. Tanpa anak kehidupan kita tidak akan lengkap kerana anak penyeri kehidupan. Anak adalah penerus genarasi dan keturunan kita. Anak yang baik akan menguntungkan kita dunia dan akhirat. Oleh itu kita hendaklah memberi pendidikan yang terbaik untuk anak kita terutama sekali pendidikan ugama. Kata orang sebelum kahwin mahukan kahwin. Bila kahwin mahukan anak. Bila dapat anak lelaki mahukan anak perempuan. Bila dapat anak perempuan mahukan anak lelaki. Bila dapat satu orang anak mahukan dua orang. Begitulah keadaan manusia yang tidak pernah puas atau bersyukur dengan rezeki yang diberi Tuhan. Bila sudah dapat anak maka jangan pula pening atau kata orang tidak pandai menjaga atau mendidik anak. Di antara ayah dan ibu terkadang bila anaknya yang masih kecil menangis di tengah malam maka terkadang ayahnya pula terlalu sabar hingga untuk bangun pun tak lalu atau barangkali pura-pura tidur …dan akhirnya tertidur hingga ke pagi. Kata orang bila anaknya baik atau pandai belajar dikatalah anak bapa kalau gauk atau kurang pandai belajar dikatalah anak mamanya….mana yang benar…..

Laman Berikutnya »