Posted by razalinda under
SANTAI Leave a Comment
Pada satu hari, semua haiwan-haiwan telah mengadakan satu mesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut mereka telah meluluskan satu cadangan bagi menangani dunia baru yang semakin mencabar. Mereka mendirikan sebuah sekolah dan merangka kurikulum yang mana di dalamnya termasuklah aktiviti berlari,memanjat,berenang dan terbang. Semua haiwan yang berdaftar diwajibkan mengambil semua mata pelajaran.
Itik, adalah seorang pelajar yang sangat pandai berenang malah gurunya pun dapat dikalahkannya. Itik dapat markah yang tinggi dalam aktiviti terbang tetapi sangat lemah dalam aktiviti larian. Itik akhirnya kurang berlatih dalam berenang dan menumpukan kepada aktiviti larian. pada satu hari kaki itik cedera. Dia hanya dapat markah sederhana dalam aktiviti renang.
Arnab, seorang pelajar yang terkenal kerana lariannya yang pantas. Tapi ia merasa bimbang kerana dia selalu berpusing ketika berenang dan selalu hampir lemas.
Tupai pula sangat pintar memanjat sehingga monyet pun kalah.Dia diajar oleh ibubapanya selalu sehingga mahir.Tapi tupai kecewa dalam aktiviti terbang sebab tidak biasa.Dalam memanjat tupai dapat markah tinggi tapi gagal dalam aktiviti berlari dan berenang.
Helang juga berjaya dengan cemerlang dalam aktiviti memanjat tapi ia sebenarnya terbang, itulah sebabnya ia boleh sampai ke puncak pohon dengan pantas. Namun ia gagal dalam aktiviti lain.
Tapi satu hal yang memeranjatkan semua pelajar lain telah berlaku. Seekor belut yang tidak berkaki dan tidak pula bersayap telah mendapat markah paling tinggi. Dia menang semua acara.
Apakah yang dilakukan oleh belut hingga dia berjaya? Anda fikirlah jawapannya sendiri…….
Posted by razalinda under
ALBUM Leave a Comment
Majlis pengislaman ini berlaku pada 17 Julai 2007 bersamaan dengan 2 Rejab 1428H. Majlis ini di adakan di Dewan Anggerik Sekolah Menengah Berakas. Di antara yang hadir pada majlis itu ialah pengetua sekolah, timbalan pengetua, ketua Jabatan Ugama dan Bahasa Arab. Pegawai-pegawai dan guru sekolah Menengah Berakas juga ikut memeriahkan majlis tersebut. Saya sendiri diberi penghormatan untuk membaca doa pada majlis tersebut. Pelajar yang diraikan terdiri dari tiga orang pelajar perempuan. Semoga mereka tetap berpegang teguh kepada agama Islam yang baru mereka anuti hingga ke akhir hayat. Amin.
Posted by razalinda under
ALBUM Leave a Comment
SAMBAL BELACAN
Sambal belacan adalah salah satu makanan tradisi masyarakat Brunei. Ia paling digemari oleh orang-orang yang sudah berumur. Namun ada juga orang muda belia yang menyukainya. Walaupun ada setengah orang tidak menyukainya kerana baunya yang kuat menyengat. Kadang-kadang ia dihidangkan pada majlis-majlis keramaian tertentu seperti di majlis perkahwinan dan majlis membaca doa selamat dan lain-lain. Jenis makanan ini patut dipertahankan hingga ke genarasi akan datang. Sebenarnya ia dibuat daripada “bubuk” iaitu sejenis udang yang kecil. Di tumbuk halus dan dicampur dengan berbagai bahan seperti bawang dan lain-lain. Bila makan menurut penggemarnya ‘Inda Nampak Daun Telinga”.
GUNUNG-GANANG
Apabila kita melihat gunung-ganang,hutan-belantara,lautan-daratan kita akan dapat melihat kebesaran Tuhan. Ini bagi mereka yang menggunakan akal fikirannya. Di dalam al-Quran ada banyak ayat menerangkan bukit-bukau dan gunung-ganang sebagai pasak bumi. Hutan-belantara sebagai alam ciptaan tuhan tempat tinggal binatang-binatang yang menjadi sumber makanan bagi sebahagian besar manusian. Begitu juga mengenai lautan dan daratan yang sememangnya kita manusia boleh menggunakannya untuk sumber kehidupan kita. Kata orang “setinggi-tinggi gunung ada lagi awan di atasnya”
Ini adalah kisah mengenai 4 orang yang bersahabat baik. Mereka itu ialah SEMUA ORANG,SETIAP ORANG, SESEORANG dan TIDAK SEORANG.
Pada satu ketika mereka mendapati ada satu kerja yang sangat mustahak yang perlu diselesaikan. SEMUA ORANG berpendapat bahawa SETIAP ORANG boleh melakukan kerja tersebut, tetapi apa yang berlaku ialah TIDAK SEORANG pun yang membuatnya.
SESEORANG telah naik radang. Sebab menurutnya itu adalah kerja SEMUA ORANG. SEMUA ORANG pula berpendapat bahawa SETIAP ORANG patut melakukannya.TIDAK SEORANG pun menyangka yang SEMUA ORANG tidak melakukannya.
Pertelingkahan mereka tiada akhirnya. SEMUA ORANG menyalahkan SESEORANG apabila TIDAK SEORANG pun yang melaksanakan kerja yang sepatutnya SETIAP ORANG boleh melakukannya.
Posted by razalinda under
SANTAI Leave a Comment
Sebuah bas yang membawa 20 oarng ahli politik, memecut laju menuju ke kawasan pilihan raya. sampai di kawasan kampung, tiba-tiba…..berlaku kemalangan. Bas itu terbabas dan melanggar pokok,lalu melambung ke udara kemudian terhempas semula di jalan raya. Bas hancur, kaca bersepah, semua ahli polotik itu terbaring di atas jalan dengan badan dipenuhi darah.
Seorang petani tua yang sedang membajak sawahnya ternampak kejadian itu. disebabkan hanya dia seorang yang berada di kawasan terpencil itu, petani tersebut terus membuat satu lobang besar dengan jentera bajaknya, lalu mengebumikan semua ahli polotok itu.
Keesokkannya, seorang anggota polis yang lalu di kawasan tersebut ternampak bangkai bas berkenaan. Lalu dia bertanya kepada petani tua yang sedang membajak sawahnya.
“Semua mati kah pak cik? tanya anggota polis berkenaan selepas petani itu menceritakan apa yang berlaku.
“Sebenarnya encik, ada lima enam orang yang cakap dia orang masih hidup lagi. Tapi encik taulah, cakap ahli politik ni bukan boleh percaya sangat.”
Posted by razalinda under
SANTAI Leave a Comment
Suasana di NBD tidak sama dengan suasana di negara lain. Tentu berbeza kerana NBD adalah negara yang berpegang kepada falsafah Melayu Islam Beraja. Bila malam tiba dikatakan kawasan bandar agak sunyi itupun sebelum BSB berkembang keluasannya seperti yang ada sekarang. Tetapi ada juga tempat-tempat yang mungkin dikunjungi oleh orang ramai untuk membeli-belah diwaktu malam seperti di kawasan Pasar Gadong atau di kawasan lapang berdekatan dengan tempat Pameran Alat-alat Kebesaran DiRaja……
Posted by razalinda under
SANTAI Leave a Comment
Mugkin orang tau kenapa ia dikatakan gergasi kerana melihat sahaja saiz bangunannya tentu sesuai dengan namanya. Tetapi mungkin tidak ramai orang tahu mengapa ia di katakan berada di tasik namun bagi nama tersebut tidaklah menghairankan kerana tempat tersebut dan kawasan sekitarnya sering menjadi tempat laluan perjalanan saya samaada untuk kerja atau laluan untuk membeli belah di West Mart iaitu sebelum gergasi mencari tapak di sana sebagai tempat berendamnya. Kawasan tersebut merupakan sebuah tasik yang besar mungkin bukan tasik sebenar’ mungkin juga tasik buatan. Tetapi bila kita melihat keadaan sekarang ini sukar untuk mendefinisikan maknanya terutama tasiknya. Ini kerana tasik tersebut telah kehilangan airnya kerana mungkin disedut oleh gergasi yang bertapak di sana. Kawasan takungan tasik juga menjadi semakin kecil kerana badan gergasi yang besar telah mengamb8il tempat tasik yang asal. Persoalannya apakah akan terjadi dengan perniagaan-perniagaan kecil di sekelilingnya.Adakah ia semakin berkembang atau atau akan melarikan diri atau terpaksa bergabung dengan gergasi yang menguasai kawasan tersebut. Kita lihat dan tunggu..nanti lagi
Posted by razalinda under
SANTAI Leave a Comment
Dahulu semasa masih panas-panas baru mendapat titile pegawai pelajaran atu pun belum ditetapkan dalam jawatan apabila pelajar berbuat bising dalam bilik darjah kita akan kata JANGAN BISING !dengan sekuat hati maka diamlah pelajar dan kelas tersebut. Tetapi situiasi ini hanya berlaku dalam masa dua atau tiga hari sahaja…. Selepas itu keadaan akan kembali seperti biasa pelajar yang nakal akan mengulang sikapnya lalu mempengaruhi kawan-kawannya yang lain sehingga proses pendidikan tidak dapat dijalankan….Jadi apa yang akan kita buat seterusnya…….
Posted by razalinda under
RENCANA Leave a Comment
Tidak dapat dinafikan dalam perkembangan zaman sekarang ini kita akan mendapati kanak-kanak lebih pandai dari bapanya. Pelajar lebih pandai daripada gurunya. Ini kerana pendidikan yang mereka terima. Jika ini benar maka jelaslah bahawa kita sudah berada di akhir zaman……berbalik kepada tajuk di atas terkadang kita juga mendapati seorang yang berpelajaran tinggi tetapi tidak tahu menggunakan alat komputer dengan sebaiknya. Kita tidak pula menyalahkan orang tersebut mungkin bukan bidangnya atau ia kurang minat bidang komputer atau sedang dalam proses pembelajaran…..biasalah namanya masih belajar atau masih sekolah… kalau sudah pandai tak payah belajar atau tak payah sekolah. Nasihat saya kita belajar sepanjang hayat selagi ada kemahuan kita teruskan…
Posted by razalinda under
RENCANA Leave a Comment
Kg Terunjing terletak di Jalan Berakas. Di sinilah tempat saya dibesarkan. Kata orang tempat permainan seperti kata pepatah Melayu, “Tempat jatuh lagi di kenang inikan tempat kita dibesarkan“
Kg Terunjing yang ada sekarang bukanlah kg asal tempat kediaman orang-orang kampung. Kg Terunjing sekarang adalah kg perpindahan kerajaan. Seingat saya ia mungkin di antara kg perpindahan kerajaan yang terawal. Kejadian ini berlaku lamu dahulu mungkin sebaya dengan kg perpindahan Burung Pingai Berakas. Saya berpendapat begitu kerana kg asal kami ialah yang sekarang di jadikan kawasan lapangan Terbang Brunei. Perpindahan tersebut amatlah menyedihkan kerana menurut cerita daripada orang tua-tua yang hidup masa itu mereka terpaksa membawa barang sendiri bersama anak-anak dan keluarga. Di samping itu mereka juga terpaksa membina kediaman sendiri di tempat yang mereka pilih iaitu kg kami sekarang. Ini kerana berlakunya perselisihan pendapat di kalangan orang tua-tua berkenaan tempat yang mereka inginkan. Mereka tidak mahu tinggal di kawasan kg Lambak. Oleh itu pihak kerajaan pun kurang mengendahkan keperluan mereka. Namun atas inisiatif masing-masing timbul juga kesedaran di kalangan orang kampung tentang kepentingan pendidikan. Mereka tetap menghantar anak-anak mereka ke sekolah baik sekolah Inggeris atau sekolah Agama dan akhirnya kebanyakkan anak-anak mereka berjaya hingga ada yang ke universiti baik tempatan mahupun luar negeri. Banyak sudah yang mempunyai ijazah di berbagai bidang dan kebanyakkannya guru. Ada juga yang menjadi doktor dan lain-lain….Itulah kita berusaha Allah yang menentukan segala-galanya……