Anak adalah anugerah daripada Allah swt. Anak mestilah dijaga dari kecil hinggalah ia pandai hidup berdikari sendiri. Tanpa anak kehidupan kita tidak akan lengkap kerana anak penyeri kehidupan. Anak adalah penerus genarasi dan keturunan kita. Anak yang baik akan menguntungkan kita dunia dan akhirat. Oleh itu kita hendaklah memberi pendidikan yang terbaik untuk anak kita terutama sekali pendidikan ugama. Kata orang sebelum kahwin mahukan kahwin. Bila kahwin mahukan anak. Bila dapat anak lelaki mahukan anak perempuan. Bila dapat anak perempuan mahukan anak lelaki. Bila dapat satu orang anak mahukan dua orang. Begitulah keadaan manusia yang tidak pernah puas atau bersyukur dengan rezeki yang diberi Tuhan. Bila sudah dapat anak maka jangan pula pening atau kata orang tidak pandai menjaga atau mendidik anak. Di antara ayah dan ibu terkadang bila anaknya yang masih kecil menangis di tengah malam maka terkadang ayahnya pula terlalu sabar hingga untuk bangun pun tak lalu atau barangkali pura-pura tidur …dan akhirnya tertidur hingga ke pagi. Kata orang bila anaknya baik atau pandai belajar dikatalah anak bapa kalau gauk atau kurang pandai belajar dikatalah anak mamanya….mana yang benar…..
RENCANA
April 8, 2008
Umat Islam mengalami keruntuhan. Masa gemilangnya telah meninggalkan mereka. Kekuatan dan kehormatannya telah hilang. Menurut penglihatan lawannya yang ingin menghancurkannya mengatakan ajalnya hampir tiba, akan tetapi Alhamdulillah akhirnya mereka sedar bahawa mereka dalam bahaya, namun begitu mereka masih lagi berada di dalam kalang kabut, setelah baru sahaja bangun dari tidurnya yang nyenyak, kemudian tergesa-gesa bangun kerana ada huru-hara di sekelilingnya. Mereka melompat lari kebingungan ke sana kemari dalam kegelapan untuk menghindari apa yang disangka seperti bahaya yang mengancam, tetapi tidak tahu ke mana arahnya.
Demikian itulah kebingungan umat Islam yang baru bangun melihat kanan dan kirinya. Bahaya besar ada di mukanya, akan tetapi mereka tidak tahu di manakah jalan keluarnya. Ia merasa bingung sekali dan berlari termengah-mengah di sana sini sambil membayangkan, mungkin dapat menemukan pintu wasiat. Apa yang dikejar itu mungkin keselamatannya yang sebenar atau sinar sesat yang memperdayakan dengan harapan kosong atau mungkin sesuatu yang benar-benar membahayakan kapadanya. Iaitu jalan yang tidak akan menghantar mereka ke syurga dan keselamatan, melainkan melemparkan mereka ke batu maut.
Mereka menghadapi bahaya maut. Mereka berjuang bermati-matian untuk memperjuangkan hidupnya. Ia melompat tetapi lompatan di waktu gelap, mungkin tempat jatuh lompatannya di jalan benar atau malahan jatuh ke tempat merbahaya yang lebih besar lagi. Yang lebih celaka lagi dalam saat-saat merbahaya ini adanya sifat-sifat kemunafikan yang berselindung di sebalik perkataan simpati, bersahabat dan setiakawan, untuk menarik keuntungan dari situasi itu. Pemimpin,penonton,kawan dan penyokong timbul seperti cendawan kena hujan, semuanya berlagak seperti penuntut kebebasan, tetapi di belakang layar, mereka memperalatkan si malang untuk menjadi pelayan tujuan peribadinya….dipetik dr buku Rahsia Cipta Kejayaan
April 8, 2008
Dalam tubuh badan manusia terdapat enam jenis batu yang dapat dikesan baru-baru ini. Batu pertama ialah kepala batu iaitu orang yang pandai tapi tidak boleh diikut atau orang yang bodoh tapi tidak boleh diikut. Gigi batu iaitu bila kita tidak menjaga cara makan dan kurang menjaga kebersihan gigi dan mulut akhirnya akan muncullah sebilah atau berbilah-bilah gigi batu milik kita. Hati batu ialah merujuk lebih kepada sikap seseorang itu.Tidak mahu bertolak ansur dan keras hati, hanya kata-katanya sahaja yang betul dan kehendaknya sahaja yang hendak diikut. Jerawat batu ialah biasanya letaknya di muka, tidak memilih orang tempat ia hendak hinggap. Bila kena orang muda belia dan golongan remaja pusing kepala, kedai ubat dan berbagai jenama kecantikan mengaut keuntungan.Batu Api iaitu seorang manusia yang selalunya menyebabkan perkelahian dan pergaduhan di dalam masyarakat. Batu Karang iaitu sejenis penyakit tumbuh ketul batu dalam pundi-pundi kencing. Terasa terlalu sakit apabila hendak membuang air kencing. Kadangkala kencing boleh keluar darah. Sebelum parah lebih baik pergi hospital berubat atau minum air piasau untuk penawar. Batu Meroyan iaitu batu yang ada dalam diri seorang wanita sahaja. Seorang suami hendaklah beringat-ingat terutama semasa pantang selepas isteri melahirkan. Jika kurang pertimbangan dan kasih sayang boleh jadi sakit gila meroyan.
April 8, 2008
…Tidak semudah yang dikata jika ikutkan peribahasa ”Kalau hendak seribu daya kalau tak hendak seribu dalih”…begitulah keadaan kita sekarang. Namun kita mestilah meneruskan perjuangan hingga ke hujungnya…bak kata pepatah “gengam bara api biar sampai jadi arang”. Inilah yang kita sama-sama pinta kepada-Nya dahulu siang dan malam semasa meletakkan kepala di atas tikar sembahyang. Oleh itu jangan merasa lemah…kita akan berjaya juga akhirnya asal kita betul-betul taqwa…Teruskan perjuangan jangan pula… “pulang ke pangkal jalan kerana sesat di tengah jalan”. Tidak kita mesti sama-sama meneruskan jangan pula nanti dikata dunia…”besar pasak dari tiang” atau ada orang mengata “kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga”…Kita teruskan ”biar merah mata besar muka dan kepala” selagi belum sampai hajat jangan dihentikan. Kita berpegang kepada “usaha itu tangga kejayaan” dan biar “susah dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna”….
April 5, 2008
1.SATU
PURNAMA RAYA TELAH TERBIT DI ATAS KEPALA
MEMANCARKAN CAHAYA DARI CELAH-CELAH PERGUNUNGAN
GEMBIRA SYUKUR MELIPUTI JIWA DAN RAGA
DAKWAH AMANAH ILAHI SUDAH DISERUKAN
WAHAI ! UTUSAN YANG AKAN MEMBERIKAN PIMPINAN
PERINTAH MU DENGAN PATUH AKAN KAMI LAKSANAKAN
(PENDUDUK KOTA MADINAH)
2.DUA
DI KALA AMINAH MELAHIRKAN ANAKNYA
DUNIA TERANG BERMANDIKAN CAHAYA
CAHAYA YANG AMAT KITA PERLUKAN
PETUNJUK JALAN KEBAHAGIAAN
(ABBAS BIN ABDUL MUTTALIB)
3.TIGA
CITA-CITA TINGGI DI PUNCAK GUNUNG
JALAN MENUJU BERLURAH BERBUKIT
DI TENGAH JALAN JANGAN BERMENUNG
TERUSKAN USAHA WALAUPUN PERIT
(HAMKA)
4. EMPAT
TIAP-TIAP MALAM KANDA BERMIMPI
ADINDA DI TENGAH KANDA DI TEPI
MENGHISAP ROKOK MEMINUM KOPI
MEMELUK TENGKUK MENCIUM PIPI
SEDAP RASANYA TIADA TERPERI
HARUM BAUNYA UMPAMA KASTURI
SUKA DAN HILAI SENANG DI HATI
KASIH MESRA SEHINGGA KE MATI
(TOK SELEHOR)
Mac 18, 2008
Tidak dapat dinafikan dalam perkembangan zaman sekarang ini kita akan mendapati kanak-kanak lebih pandai dari bapanya. Pelajar lebih pandai daripada gurunya. Ini kerana pendidikan yang mereka terima. Jika ini benar maka jelaslah bahawa kita sudah berada di akhir zaman……berbalik kepada tajuk di atas terkadang kita juga mendapati seorang yang berpelajaran tinggi tetapi tidak tahu menggunakan alat komputer dengan sebaiknya. Kita tidak pula menyalahkan orang tersebut mungkin bukan bidangnya atau ia kurang minat bidang komputer atau sedang dalam proses pembelajaran…..biasalah namanya masih belajar atau masih sekolah… kalau sudah pandai tak payah belajar atau tak payah sekolah. Nasihat saya kita belajar sepanjang hayat selagi ada kemahuan kita teruskan…
Mac 18, 2008
Kg Terunjing terletak di Jalan Berakas. Di sinilah tempat saya dibesarkan. Kata orang tempat permainan seperti kata pepatah Melayu, “Tempat jatuh lagi di kenang inikan tempat kita dibesarkan“
Kg Terunjing yang ada sekarang bukanlah kg asal tempat kediaman orang-orang kampung. Kg Terunjing sekarang adalah kg perpindahan kerajaan. Seingat saya ia mungkin di antara kg perpindahan kerajaan yang terawal. Kejadian ini berlaku lamu dahulu mungkin sebaya dengan kg perpindahan Burung Pingai Berakas. Saya berpendapat begitu kerana kg asal kami ialah yang sekarang di jadikan kawasan lapangan Terbang Brunei. Perpindahan tersebut amatlah menyedihkan kerana menurut cerita daripada orang tua-tua yang hidup masa itu mereka terpaksa membawa barang sendiri bersama anak-anak dan keluarga. Di samping itu mereka juga terpaksa membina kediaman sendiri di tempat yang mereka pilih iaitu kg kami sekarang. Ini kerana berlakunya perselisihan pendapat di kalangan orang tua-tua berkenaan tempat yang mereka inginkan. Mereka tidak mahu tinggal di kawasan kg Lambak. Oleh itu pihak kerajaan pun kurang mengendahkan keperluan mereka. Namun atas inisiatif masing-masing timbul juga kesedaran di kalangan orang kampung tentang kepentingan pendidikan. Mereka tetap menghantar anak-anak mereka ke sekolah baik sekolah Inggeris atau sekolah Agama dan akhirnya kebanyakkan anak-anak mereka berjaya hingga ada yang ke universiti baik tempatan mahupun luar negeri. Banyak sudah yang mempunyai ijazah di berbagai bidang dan kebanyakkannya guru. Ada juga yang menjadi doktor dan lain-lain….Itulah kita berusaha Allah yang menentukan segala-galanya……
Mac 17, 2008
..Sebaik sahaja anda ingin bersikap sombong dan angkuh, cepat-cepat mengingatkan diri anda bahawa ada yang lebih dari anda. Memang sentiasa ada manusia yang lebih dari anda. Tidak ada istilah ‘paling’ atau ‘maha’. Jika anda merasakan diri anda hebat, tentu ada yang lebih hebat dari anda. Kaya Ilmu atau hartabenda? tentu ada yang jauh lebih kaya dan jauh lebih berilmu dari anda kerana ini sudah dijelaskan oleh sang pencipta……fikirlah ilmu kita hanya setitik berbanding denga ilmu-Nya yang limpar selautan bukan sebelanga ….dan yang setitik itupun dibahagi-bahagikan kepada makhlyukNya……….sila komen
Mac 17, 2008
Peribahasa ada menyatakan,”Tong yang kosong kuat bunyinya: tong yang berisi kurang bunyinya bila digendang“ Ini bermakna bila anda mendengar orang sedang bercakap besar, nyatalah dia adalah pembohong besar. Cakapnya saja besar tetapi sebenarnya “cakap tak serupa bikin” Orang yang bercakap besar sebenarnya melindungi kekurangannya. Memang betul orang yang bercakap besar hatinya ‘kecil’ dan dia tidak mempunyai ap-apa. tetapi untuk menyelimuti dirinya ia pun berlagak dan bercakap besar……….sila komen
Mac 17, 2008
…Di Singapura,idola mereka adalah orang terpelajar, bukan artis. Orang terpelajar dijadikan contoh kepada anak-anak mereka. Anak-anak mereka digalakkan mendapat pelajaran, akan setinggi yang mungkin kerana mereka sedar tanpa genarasi yang terpelajar dan berpendidikan tinggi, negara mereka akan ketinggalandan mungkin tenggelam di dasar laut…tetapi di Brunei kita lebih kepada kehidupan berpoya-poya, sikap mengambil mudah,kurang usaha dan ikhtiar,mudah lemah semangat….baru kena gigit rangit sudah tia inda sanggup meneruskan perjalanannya…kata sahabat saya baru terjumpa simpang jalan sudah tia kan berpatah balik….dalam hatinya mungkin di hadapan lebih banyak batu penghalangnya….Kita tidak juga menyalahkan orang yang di dalam sistem tersebut kerana ia dilahirkan dan dididik dengan cara tersebut…mungkin kita juga tidak dapat menyalahkan pendidiknya..malah pendidik akan mengatakan kami cuma menjalankan tanggungjawab kami semampu yang boleh….tetapi yang malangnya pihak ibubapa sudah pun mereka tidak sekolah tinggi…mereka pula tidak cuba berusaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sesungguhnya orang Melayu akan jadi bahan ketawa kaum lain pada suatu hari nanti….Mungkin Hang Tuah akan geleng kepala melihat orang Melayu hari ini menyalahkan kebebesan dan kesempatan yang diperolehi. Mungkin Pahlawan-Pahlawan Melayu Brunei akan mengosok mata tanda sedih melihat anak bangsanya bersikap demikian….. Mungkin Melayu tak akan hilang di dunia tetapi jika ada orang Melayu yang layu apalah gunanya. Layu dengan lagu yang mendayu. Layu di dalam bilik panggung wayang sambil menyelam minum air. Layu di tempat-tempat sunyi.Layu di atas jalan raya yang serba moden. Layu di peringkat pengajian tinggi…..