SANTAI


…Minggu pertama aku dan kawan-kawan seperjuangan di UBD adalah minggu perkenalan dan penyesuaian. Berjalan mencari tempat kuliah ke sana ke mari merupakan perkara biasa di waktu itu. Mengenali para pensyarah yang mempunyai pelbagai pengalaman membuatkan kita merasa merendah diri dan kurangnya ilmu… adakah aku akan dapat meneruskan pengajian ku di universiti ini? …mampukah aku…ternyata setelah 6 bulan berlalu dengan berbagai cabaran dan rintangan.. waktu kuliah yang tidak menentu, banyaknya kerja kursus yang perlu disiapkan…, pembentangan esei dan kertas kerja…, berbagai esei dan projek yang perlu disiapkan dalam tempuh yang ditetapkan oleh pensyarah…akhirnya kami menempuh peperiksaan dan ternyata kami semua berjaya mengharungi cabaran tersebut… aku dan kawan-kawan seperjuangan yang terdiri dari 8 orang individu yang berbeza kemahiran dan kepintaran masing-masing serta mempunyai peribadi teguh tersendiri tidak menghampakan harapan semua orang…markah paling rendah kami perolehi sebagai average ialah B+ di dalam peperiksaan…sungguh mengharukan dan tidak sia-sia usaha yang dilakukan.

Namun semua itu tinggal kenangan… sekarang kami 8 rakan seperjuangan berusaha untuk menyelesaikan kajian masing-masing dengan tajuk yang dipilih sendiri…semoga kita akan sama-sama meraih kecemerlangan dan dapat menyiapkan kajian masing-masing…mampukah aku …Tuhan maha pemurah dan maha penyayang…tolong dan bantulah hamba mu ini ya Allah…

Guru besar adalah orang yang paling penting di setiap sekolah. Oleh itu seorang guru besar hendaklah sentiasa memastikan sekolah yang ditadbirnya selalu dalam keadaan baik.Maksudnya baik dari segi disiplin pelajarnya, juga baik dari segi akademik pelajarnya dan yang tidak kurang pentingnya ialah setiap guru dan kakitangan sekolah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Selain itu guru besar yang baik juga tidak akan semata-mata berkurung di dalam bilik menghadap dinding atau komputer di atas meja. Guru besar yang baik sekali-sekala atau mengikut jadual yang telah ditetapkannya akan meninjau atau melihat keadaan sekolah. Melihat sendiri pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melaksanakan kewajipan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Satu cerita mengenai seorang guru besar di sebuah sekolah. Satu hari beliau meninjau keadaan sekolahnya. Beliau mendapati sebuah kelas tidak ada guru yang mengajar sedangkan waktu tersebut sepatutnya ada guru yang mengajar. Beliau pun masuk kelas tersebut, lalu bertanya “Mana guru mata pelajaran kamu? Kenapa belum masuk mengajar? ” “Guru kami memang selalu akhir masuk kelas cikgu” Jawab ketua darjah kelas tersebut. Guru Besar bertanya lagi, Pagi tadi berapa ramai yang sembahyang Subuh berjemaah? Cuba angkat tangan! Cuma dua atau tiga orang saja yang angkat tangan. Ertinya masih banyak lagi orang-orang kita yang beragama Islam tetapi kurang memperhatikan sembahyangnya. Ada juga yang mengatakan, “Saya sembahyang Subuh pagi tadi cikgu tapi ibu saya jadi imam!……

Pada satu hari, semua haiwan-haiwan telah mengadakan satu mesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut mereka telah meluluskan satu cadangan bagi menangani dunia baru yang semakin mencabar. Mereka mendirikan sebuah sekolah  dan merangka kurikulum yang mana di dalamnya termasuklah aktiviti berlari,memanjat,berenang dan terbang. Semua haiwan yang berdaftar diwajibkan mengambil semua mata pelajaran.

Itik, adalah seorang pelajar yang sangat pandai berenang malah gurunya pun dapat dikalahkannya. Itik dapat markah yang tinggi dalam aktiviti terbang tetapi sangat lemah dalam aktiviti larian. Itik akhirnya kurang berlatih dalam berenang dan menumpukan kepada aktiviti larian. pada satu hari kaki itik cedera. Dia hanya dapat markah sederhana dalam aktiviti renang.

Arnab, seorang pelajar yang terkenal kerana lariannya yang pantas. Tapi ia merasa bimbang kerana dia selalu berpusing ketika berenang dan selalu hampir lemas.

Tupai pula sangat pintar memanjat sehingga monyet pun kalah.Dia diajar oleh ibubapanya selalu sehingga mahir.Tapi tupai kecewa dalam aktiviti terbang sebab tidak biasa.Dalam memanjat tupai dapat markah tinggi tapi gagal dalam aktiviti berlari dan berenang.

Helang juga berjaya dengan cemerlang dalam aktiviti memanjat tapi ia sebenarnya terbang, itulah sebabnya ia boleh sampai ke puncak pohon dengan pantas. Namun ia gagal dalam aktiviti lain.

Tapi satu hal yang memeranjatkan semua pelajar lain telah berlaku. Seekor belut yang tidak berkaki dan tidak pula bersayap telah mendapat markah paling tinggi. Dia menang semua acara.

Apakah yang dilakukan oleh belut hingga dia berjaya? Anda fikirlah jawapannya sendiri…….

Ini adalah kisah mengenai 4 orang yang bersahabat baik. Mereka itu ialah SEMUA ORANG,SETIAP ORANG, SESEORANG dan TIDAK SEORANG.

Pada satu ketika mereka mendapati ada satu kerja yang sangat mustahak yang perlu diselesaikan. SEMUA ORANG berpendapat bahawa SETIAP ORANG boleh melakukan kerja tersebut, tetapi apa yang berlaku ialah TIDAK SEORANG pun yang membuatnya.

SESEORANG telah naik radang. Sebab menurutnya itu adalah kerja SEMUA ORANG. SEMUA ORANG pula berpendapat bahawa SETIAP ORANG patut melakukannya.TIDAK SEORANG pun menyangka yang SEMUA ORANG tidak melakukannya.

Pertelingkahan mereka tiada akhirnya. SEMUA ORANG menyalahkan SESEORANG apabila TIDAK SEORANG pun yang melaksanakan kerja yang sepatutnya SETIAP ORANG boleh melakukannya.

Sebuah bas yang membawa 20 oarng ahli politik, memecut laju menuju ke kawasan pilihan raya. sampai di kawasan kampung, tiba-tiba…..berlaku kemalangan. Bas itu terbabas dan melanggar pokok,lalu melambung ke udara kemudian terhempas semula di jalan raya. Bas hancur, kaca bersepah, semua ahli polotik itu terbaring di atas jalan dengan badan dipenuhi darah.

Seorang petani tua yang sedang membajak  sawahnya ternampak kejadian itu. disebabkan hanya dia seorang yang berada di kawasan terpencil itu, petani tersebut terus membuat satu lobang besar dengan jentera bajaknya, lalu mengebumikan semua ahli polotok itu.

Keesokkannya, seorang anggota polis yang lalu di kawasan tersebut ternampak bangkai bas berkenaan. Lalu dia bertanya kepada petani tua yang sedang membajak sawahnya.

“Semua mati kah pak cik? tanya anggota polis berkenaan selepas petani itu menceritakan apa yang berlaku.

“Sebenarnya encik, ada lima enam orang yang cakap dia orang masih hidup lagi. Tapi encik taulah, cakap ahli politik ni bukan boleh percaya sangat.”

Suasana di NBD tidak sama dengan suasana di negara lain. Tentu berbeza kerana NBD adalah negara yang berpegang kepada falsafah Melayu Islam Beraja. Bila malam tiba dikatakan kawasan bandar agak sunyi itupun sebelum BSB berkembang keluasannya seperti yang ada sekarang. Tetapi ada juga tempat-tempat yang mungkin dikunjungi oleh orang ramai untuk membeli-belah diwaktu malam seperti di kawasan Pasar Gadong atau di kawasan lapang berdekatan dengan tempat Pameran Alat-alat Kebesaran DiRaja……

Mugkin orang tau kenapa ia dikatakan gergasi kerana melihat sahaja saiz bangunannya tentu sesuai dengan namanya. Tetapi mungkin tidak ramai orang  tahu mengapa ia di katakan berada di tasik namun bagi nama tersebut tidaklah menghairankan kerana  tempat tersebut dan kawasan sekitarnya sering menjadi tempat laluan perjalanan saya samaada untuk kerja atau laluan untuk membeli belah di West Mart iaitu sebelum  gergasi mencari tapak di sana sebagai tempat berendamnya. Kawasan tersebut merupakan sebuah tasik yang besar mungkin bukan tasik sebenar’ mungkin juga tasik buatan. Tetapi bila kita melihat keadaan sekarang ini sukar untuk mendefinisikan maknanya terutama tasiknya. Ini kerana tasik tersebut telah kehilangan airnya kerana mungkin disedut oleh gergasi yang bertapak di sana. Kawasan takungan tasik juga menjadi semakin kecil kerana badan gergasi yang besar telah mengamb8il tempat tasik yang asal. Persoalannya apakah akan terjadi dengan perniagaan-perniagaan kecil di sekelilingnya.Adakah ia semakin berkembang atau atau akan melarikan diri atau terpaksa bergabung dengan gergasi yang menguasai kawasan tersebut. Kita lihat dan tunggu..nanti lagi

Dahulu semasa masih panas-panas baru mendapat titile pegawai pelajaran atu pun belum ditetapkan dalam jawatan apabila pelajar berbuat bising dalam bilik darjah kita akan kata JANGAN BISING !dengan sekuat hati maka diamlah pelajar dan kelas tersebut. Tetapi situiasi ini hanya berlaku dalam masa dua atau tiga hari sahaja…. Selepas itu keadaan akan kembali seperti biasa pelajar yang nakal akan mengulang sikapnya lalu mempengaruhi kawan-kawannya yang lain sehingga proses pendidikan tidak dapat dijalankan….Jadi apa yang akan kita buat seterusnya…….

…Kalau orang biasa memakai kacamata atau kontek lens bila inda dipakai atau tersalah pakai kacamata orang tentunya bukan semakin terang dan bersuluh tetapi semakin pudar penglihatannya umpama orang kena bius bilakan kena operate. Oleh itu pesan kawan saya kalau inda tau bertanya kepada orang yang ahlinya…jangantah diam-diam atau sengaja berlakun macam orang pandai……Kata orang malu bertanya sesat jalan…..

KALI ini ada satu cerita. Sudikah awda membacanya? kalau awda tak sudi pun, nyatanya cerita ini kebetulan telah manambat minat saya.

Ya! Minat saya tertambat kepada cerita yang akan dikisahkan ini sewaktu sedang berfikir “menghemat-hematkan” sesuatu. Yang sedang saya hematkan ialah perihal pelbagai kesibukan di rumah dengan keluarga. Sewaktu dalam jalanan ke tempat kerja sibuk dengan lalu lintas pula. Apabila sampai di tempat kerja, apalagi dengan serba tugas kiranya. Begitulah umumnya diri kita. Lalu umumnya kesibukan itu memberi kita peluang mengemukakan pelbagai “excuses”………..

SIBUK

Cerita yang akan dijelaskan di bawah ialah mengenai hal “excuases” orang-orang yang sibuk dengan hal masing-masing.

Orang kaya sibuk dengan kekayaannya.Orang miskin sibuk dengan kekurangannya. Semasa zaman hamba dahulu seorang hamba disibukkan dengan khidmat kepada tuannya.Orang sihat dengan kesibukannya. Orang sakit pun sibuk dengan kesakitannya.

Ertinya berbabagi jenis orang bermacamlah kesibukkannya dan bermacam pula alasannya.

CERITA

Ada 4 jenis orang yang sibuk dan coba mengemukakan alasannya. Mereka minta dibebaskan dari tanggungan masing-masing kerana kesibukannya.

Orang pertama ialah orang kaya. Dia menyatakan’ “Saya orang kaya..kekayaan telah menyibukkan saya sepanjang masa”. Orang kedua ialah seorang hamba. Dia menyatakan ” saya orang bertuan dan seluruh masa saya berkhidmat untuk tuan saya”.Orang ketiga orang miskin.Katanya,”kemiskinan mendesak saya untuk berkerja keras menampung keperluan harian. Saya tidak ada masa untuk memikirkan hal lain”. Orang keempat orang berpenyakit. Katanya, “Saya sentiasa berpenyakit.Penyakit telah menghalang saya dari membuat perkara lain”.

MASA

Tiba Hari Qiamat.Keempat jenis orang tadi di hadapkan untuk penghakiman Allah kerana lupa beribadat sewaktu di dunia. Lalu masing-masing menyatakan alasannya di hadapan Allah.

HUJAH

Sebelum menjatuhkan hukuman Allah menyatakan:

Orang pertama iaitu orang kaya, Allah menyatakan Nabi Sulaiman as seorang yg kaya raya dan luas negeri yg diperintahnya. “Engkau tidaklah sekaya Nabi Sulaiman,apalagi untuk melebehi kekayaannya. Tapi Nabi Sulaiman tidak pun terhalang daripada beribadat kepada -Ku”.

Orang kedua iaitu seorang hamba.Allah mengisahkan mengenai nabi Yusuf as. Baginda pernah diperhambakan.Tetapi dia tidak terhalang daripada beribadat kepada-Ku”.

Orang ketiga iaitu orang miskin. Allah menceritakan mengenai Nabi Isa as yg miskin dan terpaksa berkerja keras untuk hidup. “Engkau tidaklah menderita seperti Nabi Isa. Tapi dia tidak pun terhalang daripada beribadat kepada-Ku”.

Orang keempat iaitu orang sakit. Allah menyatakan mengenai Nabi Ayub yang diserang sakit tenat sehingga tubuhnya dimamah ulat. “Penyakitmu tidaklah seteruk Nabi Ayub. Begitupun dia tidak pernah terhalang dari beribadat kepada-Ku”.

Lalu dengan hujah-hujah tersebut mereka masing-masing dijatuhkan hukuman. Mereka diheret ke neraka. Demikian cerita orang yang sentiasa membuat alasan masing-masing…..Sekian dipetik & diubahsuai dr buku “pada hemat saya oleh Badaruddin HO“.

Laman Berikutnya »