kaedah menyaluk mulut buaya tidaklah disebut dalam mana-mana kitab atau buku agama. Ia hanyalah merupakan satu petua yang diturunkan atau diamalkan oleh orang tua-tua zaman dulu dan ternyata berkesan untuk mengubati penyakit dalam mulut. Antaranya ialah penyakit keputihan dalam mulut (bintik-bintik puteh kecil dalam mulut manusia). Kata tuan guru Prof Datu Dr Harun Din kita banyak mengamalkan petua-petua dari orang lama selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Islam dan yakin bahawa yang menyembuhkan itu hanya Allah. Antaranya budak kembung perut diubat dengan mengambil sudu umpama dikaut perutnya dengan isyarat membuang penyakit kembung itu. Sakit mata terkena lada jika mata kanan maka dibasuh ibu jari kaki kiri,jika mata kiri maka dibasuh ibu jari kaki kanan. Jika kedua-duanya maka dibasuh kedua mata.Tersekat tulang di leher maka gunakanlah kaki kucing yang jinak, jika tulangnya jauh ke dalam maka kita garukan kaki kucing isyarat ke dalam. Jika tulangnya dekat di luar kerongkong leher maka garukan kaki kucing yang jinak isyarat keluar. Maka dengan izin Allah sembuhlah penyakit itu

MENGENAL ALLAH
Maksud mengenal Allah: 1.Kepercayaan yang tegas dan yakin kepada Allah 2.Kepercayaan yang betul hanya kepada Allah 3. Kepercayaan yang berdasarkan dalil tafsili dan dalil ijmali
Menurut Sayid Sabiq cara mengenal Allah ialah melalui: 1.Akal Fikiran 2.Dengan mengenal nama-nama Allah 3.Dengan mengenal sifat-sifat Allah

HUKUM MENGENAL ALLAH
Wajib bagi setiap orang mukallaf. Allah dapat dikenal melalui sifat wajib, sifat mustahil dan harus.
Manusia tidak dapat mengenal zat dan hakikat Allah yang sebenarnya. Manusia boleh mengenal Allah dengan berfikir mengenai nikmat Allah.Manusia boleh mengenal Allah dengan menggunakan akalnya dan melalui hukum syarak. Akal manusia yang sihat akan dapat mengakui kewujudan Allah dan kesempurnaan sifat-sifat Allah.

ILMU TASAUF
Mengajar manusia menghalusi budi pekerti.Ilmu Tasauf membincangkan perkara yang berkaitan dengan hati. Contoh cara yang diterima oleh Allah ketika beribadat,cara khusyuk beribadat,sabar dan tawakkal yang diterima oleh Allah, makna sabar dan merendah diri yang diredai oleh Allah,mengamalkan sifat yang terpuji dan menjauhkan sifat yang tercela.
Ilmu Tasauf mengutamakan adab yang baik,budi pekerti yang tinggi, kasih sayang dan cinta kepada Allah serta Rasulullah saw.
Ilmu Tasauf mengutamakan hubungan dengan Allah.

AJARAN ILMU TASAUF
Ilmu Tasauf adalah ajaran yang mulia. Nabi Muhammad saw mengamalkan dan berbudi pekarti sesuai dengan ajaran Ilmu Tasauf.
Ilmu Tasauf berdasarkan al-Quran dan Hadith.Para sahabat mencontohi akhlak Rasulullah saw dan beramal dengan Ilmu Tasauf.

Akhlak yang terpuji ialah Sabar,Syukur,Redha,Taubat,Wara’,Zuhud,Ikhlas,Tawakal,Taqwa dll.
Akhlak yang tercela ialah Ujub,Ria,Fitnah,Hasad dengki,Khianat,Pemarah,Pendusta,Takbur dll.

TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TASAUF
1.Untuk mengenal Allah 2.Untuk menghiasi diri dengan sifat yang terpuji

HIKMAT ATAU FAEDAH ILMU TASAUF
1.Agar manusia sentiasa bertaqwa kepada Allah
2.Tidak rasa takut kecuali kepada Allah
3.Hanya berharap kepada Allah
4.Dapat mengenal Allah
5.Sentiasa merasa adanya Allah
6.Membersihkan hati manusia
7.Meningkatkan darjat di sisi Allah
8.Mengenal ciptaan Allah dunia, akhirat dan alam ghaib
9.Masyarakat dapat hidup aman dan bahagia
10.Agar manusia mempunyai sifat ikhlas
11.Mencari keredhaan Allah

SUMBER ILMU TASAUF
1.Al-Quran 2.Hadith 3.Kehidupan Rasulullah saw 4.Kehidupan para sahabat

1.1 Al-Quran:Surah An-Nuur ayat 35
“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi….”
1.2 Al-Quran:Surah Al-Baqarah ayat 115
“…maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah…”

2.1Rasulullah saw bersabda:
“Musuhmu yang paling besar ialah nafsumu sendiri yang terletak antara dua rusuk engkau”
2.2 Rasulullah saw bersabda dalam Hadith Qudsi:
“Aku adalah suatu perbendaharaan yang tersembunyi …”

TASAUF MENURUT BAHASA
Tasauf berasal dari perkataan “Tasauwafa”- “Yatasawwufu”- “Tasawwufan”. “Tasawwufa ar-Rajul” ertinya seorang lelaki atau perempuan yang berpindah dari kehidupan biasa kepada kehidupan sufi.

TASAUF MENURUT ISTILAH
1.Abu Muhammad Al-Jurairi:Tasauf ialah mencontohi budi pekerti Nabi Muhammad saw dan keluar dari budi pekerti yang rendah.
2.Basyir Al-Haris:Tasauf ialah orang yang bersih hatinya semata-mata kerana Allah.
3.Syeikh Zakaria Al-Ansari:Tasauf ialah ilmu yang menerangkan cara-cara membersihkan hati dan memperbaiki akhlak bagi kesejahteraan zahir dan batin untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
4.Syeikh Abdullah Al-Bustani:Tasauf ialah membersihkan diri dari kehendak makhluk,menjauhkan diri dari kehendak nafsu dan menghiasi diri dengan akhlak yang mulia.
5.Syeikh H.Jalaluddin:Tasauf ialah sentiasa memperhambakan diri zahir dan batin kepada Allah.

PENGERTIAN TASAUF
1.Tasauf berasal dari perkataan “Safa” iaitu kejernihan atau kemurnian.
2.Tasauf berasal dari perkataan “Suffah” iaitu tempat kediaman sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw berhampiran dengan masjid Nabi Muhammad saw di Madinah.
3.Tasauf berasal dari perkataan “Saf” iaitu barisan saf di waktu sembahyang berjemaah.
4.Tasauf berasal dari perkataan “Suf” iaitu pakaian yang ditenun dari bulu kambing biri-biri yang kasar dan keras, tahan lama serta murah harganya.
5.Tasauf berasal dari perkataan “Sufanah” iaitu buah yang berbulu dan banyak tumbuh di tanah Arab.
6.Menurut sarjana Barat perkataan Tasauf diambil dari kata Yunani “Theo” dan “Sofos”. “Theo” ertinya Tuhan dan “Sofos” ertinya hikmat.
7.Tasauf berasal dari perkataan “Tasauwafa”- “Yatasawwufu”- “Tasawwufan”. “Tasawwufa ar-Rajul” ertinya seorang lelaki yang berpindah dari kehidupan biasa kepada kehidupan sufi.

HUBUNGAN ILMU TAUHID DENGAN ILMU-ILMU LAIN

Ilmu Tauhid adalah asas kepada semua ilmu ugama. Ilmu Tauhid juga asas bagi ilmu Tafsir, ilmu Hadith, Fiqeh dan lain-lain.

TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAUHID

1.Untuk dapat mengenal Allah
2.Untuk dapat mengenal Rasul-Nya
3.Agar manusia mendapat petunjuk
4.Bagi memperolehi kebahagiaan dan keselamatan

FAEDAH ATAU HIKMAH MEMPELAJARI ILMU TAUHID

1.Untuk menjaga keselamatan aqidah
2.Bagi menguatkan,menambah dan membersihkan serta mensucikan jiwa
3.Supaya dapat melaksanakan amalan yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
4.Mendapat ketenangan dan keyakinan jiwa
5.Menolak segala kekeliruan dan menjauhi diri dari sifat putus asa

1.Imam al-Asyari: Iman bertambah dengan bertambahnya amal yang baik. Iman berkurang dengan berkurangnya amal yang baik.
2.Imam Abu Hanifah:Iman tidak bertambah dan tidak berkurang.
3.Imam al-Khattabi: Iman boleh bertambah tetapi tidak boleh berkurang.
4.Imam Fakhru Arrazi & Imam Mawardi: Bertambah atau berkurangnya iman itu tertakluk kepada amalan manusia.
Pendapat yang tepat ialah pendapat Imam al-Asyari. Dalilnya hadith Nabi Muhammad saw yang bermaksud “Sesungguhnya iman itu bertambah dengan sebab taat dan berkurang dengan sebab maksiat”