Universiti Brunei Darussalam adalah universiti yang diidam-idamkan oleh sebahagian pelajar kita untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang masing-masing. Ini bukanlah kali pertama saya melanjutkan pelajaran ke UBD. Kali pertama ialah pada tahun 1989. Pengajian ini berlangsung selama 4 tahun. Jurusan yang saya pilih ketika itu ialah Sarjana Muda Pendidikan (Major: Pengajian Islam Minor:Pengajian Brunei).  Sebenarnya saya tidak ada perancangan awal untuk memasuki universiti samaada tempatan atau luar negeri. Saya juga tidak mempunyai cita-cita yang tetap atau diyakini untuk pekerjaan saya semasa dewasa nanti. Namun takdir telah menentukan saya berakhir dengan menjadi seorang pendidik. Adakah guru-guru yang pernah mengajar saya telah memberi dorongan kepada saya untuk memikul tanggungjawab yang mulia ini? Tentunya tidak! Malah saya sendiri pada mulanya tidak mengetahui dengan mengambil jurusan BA Pend di UBD akan menjadikan saya seorang pendidik setelah keluar nanti! Oleh itu bolehlah dikatakan ini takdir dari Pencipta Yang Agung……..