Pada mula-mula diperkenalkan mengenai weblog semua kami tertanya-tanya apakah itu weblog. Setelah sedikit penerangan dan pengajaran kami pun faham apa itu weblog. Weblog merupakan tempat kita mencurahkan buah fikiran, pandangan, idea, pendapat, atau apa sahaja yang terlintas pada fikiran kita.

Kata Prof. Dr. Suidi (pensyarah kami di UBD) ia umpama dairi kehidupan kita. Kata sahabat saya bila sudah mengetahui mengenai weblog ini rasa-rasanya minta panjangkan umur supaya dapat melayarinya hingga bila-bila pun tidak akan habis.

Oleh itu weblog amat berguna kepada sesiapa sahaja tidak kira orang muda atau tua, pelajar atau guru, mahasiswa atau pensyarah, pekerja atau pemimpin. Ia boleh diakses di mana sahaja dan dengan percuma. Begitulah kata pensyarah saya…

Namun kami masih lagi belajar dan terus belajar untuk memperbaiki weblog masing-masing…bantulah kami “Buah cempedak di luar pagar..ambil galah tolong jolokkan..kami budak baru belajar…kalau salah tolong tunjukkan”