Saya mempunyai tiga buah kereta. Kereta pertama saya ialah Nissan Sunny 1.4. Saya membelinya pada tahun 1991. Warnanya hijau. Kereta ini sekarang tidak berfungsi lagi. Kereta kedua saya ialah Suzuki Vitara 2.0. Warnanya juga hijau tua. Kereta ini sekarang masih lagi saya gunakan sekali-sekala. Kereta terbaru saya ialah Nissan Patrol 2.4. Kereta ini berwarna biru. Kereta inilah yang sering saya gunakan sekarang.

Di Negara Brunei Darussalam kenderaan merupakan satu keperluan. Kenderaan digunakan untuk pengangkutan persendirian atau keluarga. Bagi orang yang tiada kenderaan di Negara Brunei Darussalam akan mengalami kesusahan untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menepati waktu. Ini kerana pengangkutan awam di negara ini tidak tersusun dan tidak mencukupi untuk keperluan semua orang yang berhajat. Oleh itu kita akan mendapati dalam sebuah keluarga atau di bawah rumah setiap orang Brunei kita akan mendapat dua atau tiga buah kenderaan. Ini bukanlah bermakna mereka itu dari golongan kaya-raya atau berharta malah ia lebih kepada keperluan.