UBD adalah universiti pertama bagi Negara Brunei Darussalam. Ia merupakan satu institusi pengajian tinggi yang ditunggu-tunggu kewujudannya bagi kebanyakkan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Khususnnya bagi mereka yang datang dari keluarga yang kurang mampu. Persoalannya ialah bagi setengah pelajar bukannya senang bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke UBD. Persoalan yang lebih penting lagi ialah setelah berjaya menjejakkan kaki di UBD mengapakah mereka kurang bersemangat untuk meraih kecemerlangan yang dicita-citakan. Kadang-kadang mereka asyik berpersatuan. Ada yang leka dengan kehidupan sosial sehingga mengabaikan pelajaran. Tidak kurang juga yang tidak hadir kuliah berpoya-poya dengan rakan-rakan yang tidak begitu mengutamakan pelajaran sehingga akhirnya mereka gagal menamatkan pelajaran mereka di UBD. Mereka hanya akan menyesal setelah mereka mengetahui bahawa mereka tidak lagi dapat melanjutkan pelajaran mereka atau menyesal setelah melihat keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan. Kenapakah mereka tidak menyesal terlebih awal? Kata pepatah “menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna? Mungkinkah mereka lupa apa tanggungjawab mereka setelah melangkah masuk ke Kampus? Mungkinkah mereka merasa berat untuk belajar bersungguh-sungguh setelah melihat para pensyarah yang berat sebelah atau pensyarah yang tegas tapi demi untuk mendidik para mahasiswa untuk menjadi lebih dewasa?……..sila komen