Dulu semasa saya masih lagi kanak-kanak saya merasa muskil dan timbul persoalan apakah yang dimaksudkan dengan “Basikal Tua”. Walau bagaimanapun setelah berlalunya masa dan saya meningkat dewasa saya baru tau rupanya ia adalah basikal yang agak besar saiznya dan hanya ditunggang oleh orang dewasa dan  orang remaja yang mungkin sedang belajar di sekolah menengah. Dan yang paling banyak ia ditunggang oleh orang tua. Basikal ini digunakannya sebagai keendraan untuk ke kebun, ke majlis-majlis tertentu seperti makan doa selamat, ada juga yang menggunakannya untuk ke surau dan lain-lain….Tetapi tentulah ia digunakan di sekitar kampung sahaja…..Oleh kerana ia kendraan umum yang banyak digunakan oleh orang tua kampung maka barangkali itulah ia dinamakan ….”BASIKAL TUA”……sila komen