Genarasi muda adalah genarasi yang akan meneruskan sejarah dan kebudayaan bangsanya. Lebih lagi genarasi muda adalah harapan bangsa, kebanggaan negara serta pewaris masa depan yang kita wujudkan sekarang. Jika sekarang kita kuat berugama, kaya hartabenda dan bertamaddun tinggi maka itulah yang akan diwarisi oleh genarasi akan datang. Kita mungkin tidak dapat melihat kebahagiaan atau mungkin kesengsaraan mereka tetapi kita berharap dengan mewariskan suasana keagamaan yang kuat;hartabenda yang mencukupi dan pendidikan yang mantap khususnya pendidikan ugama dan bukannya pendidikan sekular yang ditinggalkan atau diadaptasi dari negara Barat maka genarasi kita menadatang akan tetap mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja. Harap-harap negara ini masih lagi berterusan menjadi milik orang Melayu; akan terus mengamalkan agama Islam yang bukan pada nama sahaja tetapi mengamalkannya secara syumul. Begitu juga kita sentiasa berdoa agar negara ini akan diperintah oleh seorang raja yang adil dan bijaksana.

Perkara ini akan sentiasa dapat diamalkan dan negara serta rakyat kita akan terus kekal hidup aman dan damai. Oleh itu generasi muda sekarang perlu diberi kesedaran melalui pendidikan dan contoh tauladan yang sempurna. selain itu mereka perlu diisi dan dibina dengan asas -asas yang kukuh sebagaimana pembinaan yang berlaku kepada genarasi yang telah menempah sejarah dan membina kedaulatan dan sanggup berkorban demi bangsa,agama dan tanahair.

Oleh kerana kita adalah bangsa Melayu yang beragama Islam maka untuk membina tamaddun kecermalangan itu ianya hendaklah berlandaskan kepada agama Islam tersebut………sekian sila komen