Majlis bertahlil dan doa selamat adalah perkara yang baik. Namun kebanyakkan masyarakat kita hari ini menganggapnya satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Seperti kata sahabat saya jika belum dibuat maka belum sampai hajat, setelah dibuat maka kita akan berkata alhamdulilah selesai sudah. Dari satu sudut saya bukannya ingin untuk memperbesarkan masalah ini tetapi bagi setengah orang majlis bertahlil dan doa selamat ini umpama wajib dan mendatagkan dosa bila tidak dilaksanakan. Dari sudut lain orang yang mengadakan majlis ini terkadang terpaksa menjemput orang asing untuk membaca doa dan bertahlil. Bukankah ini satu perkara yang menyusahkan jika tiada di kalangan keluarga tersebut orang yang sedikit beragama agar dapat membaca doa dan tahlil tersebut. Dari segi lain pula ia banyak mendatangkan kebaikan kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul dan bertanya khabar. Jika ada kesusahan dapatlah ditolong dan dibantu mana yang dapat. Kanak-kanak dapat diperkenalkan di antara sesama mereka agar hubungan kekeluargaan semakin rapat. Dari sudut lain lagi orang yang mengadakan majlis tersebut dapat berbelanja dan seterusnya bersedekah dan mendapatkan pahala…insyaalah.