KALI ini ada satu cerita. Sudikah awda membacanya? kalau awda tak sudi pun, nyatanya cerita ini kebetulan telah manambat minat saya.

Ya! Minat saya tertambat kepada cerita yang akan dikisahkan ini sewaktu sedang berfikir “menghemat-hematkan” sesuatu. Yang sedang saya hematkan ialah perihal pelbagai kesibukan di rumah dengan keluarga. Sewaktu dalam jalanan ke tempat kerja sibuk dengan lalu lintas pula. Apabila sampai di tempat kerja, apalagi dengan serba tugas kiranya. Begitulah umumnya diri kita. Lalu umumnya kesibukan itu memberi kita peluang mengemukakan pelbagai “excuses”………..

SIBUK

Cerita yang akan dijelaskan di bawah ialah mengenai hal “excuases” orang-orang yang sibuk dengan hal masing-masing.

Orang kaya sibuk dengan kekayaannya.Orang miskin sibuk dengan kekurangannya. Semasa zaman hamba dahulu seorang hamba disibukkan dengan khidmat kepada tuannya.Orang sihat dengan kesibukannya. Orang sakit pun sibuk dengan kesakitannya.

Ertinya berbabagi jenis orang bermacamlah kesibukkannya dan bermacam pula alasannya.

CERITA

Ada 4 jenis orang yang sibuk dan coba mengemukakan alasannya. Mereka minta dibebaskan dari tanggungan masing-masing kerana kesibukannya.

Orang pertama ialah orang kaya. Dia menyatakan’ “Saya orang kaya..kekayaan telah menyibukkan saya sepanjang masa”. Orang kedua ialah seorang hamba. Dia menyatakan ” saya orang bertuan dan seluruh masa saya berkhidmat untuk tuan saya”.Orang ketiga orang miskin.Katanya,”kemiskinan mendesak saya untuk berkerja keras menampung keperluan harian. Saya tidak ada masa untuk memikirkan hal lain”. Orang keempat orang berpenyakit. Katanya, “Saya sentiasa berpenyakit.Penyakit telah menghalang saya dari membuat perkara lain”.

MASA

Tiba Hari Qiamat.Keempat jenis orang tadi di hadapkan untuk penghakiman Allah kerana lupa beribadat sewaktu di dunia. Lalu masing-masing menyatakan alasannya di hadapan Allah.

HUJAH

Sebelum menjatuhkan hukuman Allah menyatakan:

Orang pertama iaitu orang kaya, Allah menyatakan Nabi Sulaiman as seorang yg kaya raya dan luas negeri yg diperintahnya. “Engkau tidaklah sekaya Nabi Sulaiman,apalagi untuk melebehi kekayaannya. Tapi Nabi Sulaiman tidak pun terhalang daripada beribadat kepada -Ku”.

Orang kedua iaitu seorang hamba.Allah mengisahkan mengenai nabi Yusuf as. Baginda pernah diperhambakan.Tetapi dia tidak terhalang daripada beribadat kepada-Ku”.

Orang ketiga iaitu orang miskin. Allah menceritakan mengenai Nabi Isa as yg miskin dan terpaksa berkerja keras untuk hidup. “Engkau tidaklah menderita seperti Nabi Isa. Tapi dia tidak pun terhalang daripada beribadat kepada-Ku”.

Orang keempat iaitu orang sakit. Allah menyatakan mengenai Nabi Ayub yang diserang sakit tenat sehingga tubuhnya dimamah ulat. “Penyakitmu tidaklah seteruk Nabi Ayub. Begitupun dia tidak pernah terhalang dari beribadat kepada-Ku”.

Lalu dengan hujah-hujah tersebut mereka masing-masing dijatuhkan hukuman. Mereka diheret ke neraka. Demikian cerita orang yang sentiasa membuat alasan masing-masing…..Sekian dipetik & diubahsuai dr buku “pada hemat saya oleh Badaruddin HO“.