Pada suatu suatu hari yang telah ditentukan,tangisan bayi memecah sunyi. Lahirlah seorang khalifah yang dinanti seluruh alam. Kamu wahai anak-anakku.

Di sini seorang bapa yang terkilan gembira, melaungkan azan dan iqamah memuji Ilahi, menyerumu menuju kejayaan. Di sampingmu, seorang ibu yang telah mengandungkanmu wahai anak-anakku selama 9 bulan, seorang ibu yang penyanag,penyabar dan sanggup bergadai nyawa, mengalirkan air mata tanda gembira. Ya! gembira dan syukur tidak terhingga. Ditatapnya dan diciumnya pipimu berulangkali, lalu berkata “Sayang ku! Kaulah bintang harapanku. Buah hatiku pengarang jantungku. Kaulah idamanku,bakal pewaris dunia dan segala isinya”

Itulah kamu anak-anakku! Sayangku ! yang muncul ke dunia ini tanpa seurat benang. Tapi kamu sungguh istemewa. Pencipta Yang Maha Pengasih dan Penyang telah bekalkan kamu dengan seribu kekuatan dan seribu kebijaksanaan,bersama satu amanah yang menjadi teras kewujudanmu

Lahirlah seorang khalifah,bintang harapan yang dinanti-nantikan.Bakal memakmurkan dunia dan segala isinya. Bakal membawa kesejahteraan. Bakal berbakti ke seluruh alam, di bawah panji-panji keagunganNya……..Dipetik dan diubahsuai dr buku Puncak Menara Gading oleh Ibnu Yusof