…Di Singapura,idola mereka adalah orang terpelajar, bukan artis. Orang terpelajar dijadikan contoh kepada anak-anak mereka. Anak-anak mereka digalakkan mendapat pelajaran, akan  setinggi  yang mungkin kerana mereka sedar tanpa genarasi yang terpelajar dan berpendidikan tinggi, negara mereka akan ketinggalandan mungkin tenggelam di dasar laut…tetapi di Brunei kita lebih kepada kehidupan berpoya-poya, sikap mengambil mudah,kurang usaha dan ikhtiar,mudah lemah semangat….baru kena gigit rangit sudah tia inda sanggup meneruskan perjalanannya…kata sahabat saya baru terjumpa simpang jalan sudah tia kan berpatah balik….dalam hatinya mungkin di hadapan lebih banyak batu penghalangnya….Kita tidak juga menyalahkan orang yang di dalam sistem tersebut kerana ia dilahirkan dan dididik dengan cara tersebut…mungkin kita juga tidak dapat menyalahkan pendidiknya..malah pendidik akan mengatakan kami cuma menjalankan tanggungjawab kami semampu yang boleh….tetapi yang malangnya pihak ibubapa sudah pun mereka tidak sekolah tinggi…mereka pula tidak cuba berusaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sesungguhnya orang Melayu akan jadi bahan ketawa kaum lain pada suatu hari nanti….Mungkin Hang Tuah akan geleng kepala melihat orang Melayu hari ini menyalahkan kebebesan dan kesempatan yang diperolehi. Mungkin Pahlawan-Pahlawan Melayu Brunei akan mengosok mata tanda sedih melihat anak bangsanya bersikap demikian….. Mungkin Melayu tak akan hilang di dunia tetapi jika ada orang Melayu yang layu apalah gunanya. Layu dengan lagu yang mendayu. Layu di dalam bilik panggung wayang sambil menyelam minum air. Layu di tempat-tempat sunyi.Layu di atas jalan raya yang serba moden. Layu di peringkat pengajian tinggi…..