Kg Terunjing terletak di Jalan Berakas. Di sinilah tempat saya dibesarkan. Kata orang tempat permainan seperti kata pepatah Melayu, “Tempat jatuh lagi di kenang inikan tempat kita dibesarkan

Kg Terunjing yang ada sekarang bukanlah kg asal tempat kediaman orang-orang kampung. Kg Terunjing sekarang adalah kg perpindahan kerajaan. Seingat saya ia mungkin di antara kg perpindahan kerajaan yang terawal. Kejadian ini berlaku lamu dahulu mungkin sebaya dengan kg perpindahan Burung Pingai Berakas. Saya berpendapat begitu kerana kg asal kami ialah yang sekarang di jadikan  kawasan lapangan Terbang Brunei. Perpindahan tersebut amatlah menyedihkan kerana menurut cerita daripada orang tua-tua yang hidup masa itu mereka terpaksa membawa barang sendiri bersama anak-anak dan keluarga. Di samping itu mereka juga terpaksa membina kediaman sendiri di tempat yang mereka pilih iaitu kg kami sekarang. Ini kerana berlakunya perselisihan pendapat di kalangan orang tua-tua  berkenaan tempat yang mereka inginkan. Mereka tidak mahu tinggal di kawasan kg Lambak. Oleh itu pihak kerajaan pun kurang mengendahkan keperluan mereka. Namun atas inisiatif masing-masing timbul juga kesedaran di kalangan orang kampung tentang kepentingan pendidikan. Mereka tetap menghantar anak-anak mereka ke sekolah baik sekolah Inggeris atau sekolah Agama dan akhirnya kebanyakkan anak-anak mereka berjaya hingga ada yang ke universiti baik tempatan mahupun luar negeri. Banyak sudah yang mempunyai ijazah di berbagai bidang dan kebanyakkannya guru. Ada juga yang menjadi doktor dan lain-lain….Itulah kita berusaha Allah yang menentukan segala-galanya……