Sebuah bas yang membawa 20 oarng ahli politik, memecut laju menuju ke kawasan pilihan raya. sampai di kawasan kampung, tiba-tiba…..berlaku kemalangan. Bas itu terbabas dan melanggar pokok,lalu melambung ke udara kemudian terhempas semula di jalan raya. Bas hancur, kaca bersepah, semua ahli polotik itu terbaring di atas jalan dengan badan dipenuhi darah.

Seorang petani tua yang sedang membajakĀ  sawahnya ternampak kejadian itu. disebabkan hanya dia seorang yang berada di kawasan terpencil itu, petani tersebut terus membuat satu lobang besar dengan jentera bajaknya, lalu mengebumikan semua ahli polotok itu.

Keesokkannya, seorang anggota polis yang lalu di kawasan tersebut ternampak bangkai bas berkenaan. Lalu dia bertanya kepada petani tua yang sedang membajak sawahnya.

“Semua mati kah pak cik? tanya anggota polis berkenaan selepas petani itu menceritakan apa yang berlaku.

“Sebenarnya encik, ada lima enam orang yang cakap dia orang masih hidup lagi. Tapi encik taulah, cakap ahli politik ni bukan boleh percaya sangat.”