Ini adalah kisah mengenai 4 orang yang bersahabat baik. Mereka itu ialah SEMUA ORANG,SETIAP ORANG, SESEORANG dan TIDAK SEORANG.

Pada satu ketika mereka mendapati ada satu kerja yang sangat mustahak yang perlu diselesaikan. SEMUA ORANG berpendapat bahawa SETIAP ORANG boleh melakukan kerja tersebut, tetapi apa yang berlaku ialah TIDAK SEORANG pun yang membuatnya.

SESEORANG telah naik radang. Sebab menurutnya itu adalah kerja SEMUA ORANG. SEMUA ORANG pula berpendapat bahawa SETIAP ORANG patut melakukannya.TIDAK SEORANG pun menyangka yang SEMUA ORANG tidak melakukannya.

Pertelingkahan mereka tiada akhirnya. SEMUA ORANG menyalahkan SESEORANG apabila TIDAK SEORANG pun yang melaksanakan kerja yang sepatutnya SETIAP ORANG boleh melakukannya.