…Tidak semudah yang dikata jika ikutkan peribahasa ”Kalau hendak seribu daya kalau tak hendak seribu dalih”…begitulah keadaan kita sekarang. Namun kita mestilah meneruskan perjuangan hingga ke hujungnya…bak kata pepatah “gengam bara api biar sampai jadi arang”. Inilah yang kita sama-sama pinta kepada-Nya dahulu siang dan malam semasa meletakkan kepala di atas tikar sembahyang. Oleh itu jangan merasa lemah…kita akan berjaya juga akhirnya asal kita betul-betul taqwa…Teruskan perjuangan jangan pula… “pulang ke pangkal jalan kerana sesat di tengah jalan”. Tidak kita mesti sama-sama meneruskan jangan pula nanti dikata dunia…”besar pasak dari tiang” atau ada orang mengata “kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga”…Kita teruskan “biar merah mata besar muka dan kepala” selagi belum sampai hajat jangan dihentikan. Kita berpegang kepada “usaha itu tangga kejayaan” dan biar “susah dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna”….