Tarekat ini mula bertapak di Negara Brunei Darussalam pada awal tahun 80’an. Tempat berkumpul bagi Tarekat ini sering berubah-ubah mengikut keadaan dan situasi. Akhirnya Tarekat ini mempunyai tapaknya sendiri iaitu di Surau Kampung Beribi Gadong.

Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan perempuan. Berbagai peringkat usia daripada kanak-kanak hinggalah orang tua-tua. Tarekat ini sering berkumpul pada hari Minggu malam Isnin. Di Negara Brunei Darussalam Tarekat ini dipimpin oleh Ustaz Hj Abd Rajid bin Hj Abd Kadir iaitu wakil pimpinan yang dilantik oleh Tuan Guru Saidi Syeikh Hj Abd Rasyid.

Pengikut Tarekat ini sering disebut IKHWAN sahaja. Berbagai cubaan dan rintangan pada awal perkembangan Tarekat ini di Negara Brunei Darussalam. Pada masa ini IKHWAN Tarekat di Negara Brunei Darussalam di pimpin oleh Saidi Syeik Mohsin iaitu anak kepada Saidi Syeikh Hj Abd Rasyid.