HJ. SIDIS NAMA YANG UNIK. BELIAU BERKERJA SENDIRI SEBAGAI KONTRAKTER BANGUNAN SEPERTI MEMBINA RUMAH, MENAMBAH RUMAH, MENYIMIN HALAMAN RUMAH DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PEMBINAAN RUMAH.
SAYA SERING MENGHUBUNGI BELIAU JIKA ADA KERJA-KERJA TAMBAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN RUMAH. SAYA PERNAH MENGUPAH BELIAU UNTUK MENAMBAH RUANG BILIK, MEMBUAT SALIRAN AIR (LONGKANG), MENYIMIN HALAMAN RUMAH DAN LAIN-LAIN. BELIAU MEMPUNYAI HUBUNGAN PERSAUDARAAN DENGAN AYAH SAYA HJ.JUDIN BIN AMAN. NAMUN SEMUA ITU SEKARANG TINGGAL KENANGAN MANIS KERANA BELIAU TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH HARI INI SELASA, 1 MARCH 2011. RAMAI SANAK-SAUDARA, SAHABAT HANDAI DAN ORANG-ORANG KAMPUNG DAN MEREKA YANG MENGENALI BELIAU MENZIARAHI DAN MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADANYA. BELIAU DISEMADIKAN DIPERKUBURAN SERUSOP TIDAK JAUH DARI MASJID MUHAMMAD BOLKIAH KG SERUSOP. AL-FATEHAH.