Kejohanan olahraga ini adalah kali ke 2 di adakan di pusat ini. Pada hari kedua ini beberapa pertandingan telah diadakan. Di antaranya ialah acara larian 100 meter, 200 meter dan 4 X 100 meter bagi pelajar lelaki dan perempuan. Acara 8 x 50 meter khusus bagi pensyarah-pensyarah juga dijalankan. Sebelum pertandingan dijalankan perbarisan lalu dan persembahan daripada setiap rumah juga diadakan sejurus tibanya tetamu kehormat. Acara terakhir ialah acara tarik kalat antara rumah-rumah dan ditutup dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada peserta yang berjaya.