kaedah menyaluk mulut buaya tidaklah disebut dalam mana-mana kitab atau buku agama. Ia hanyalah merupakan satu petua yang diturunkan atau diamalkan oleh orang tua-tua zaman dulu dan ternyata berkesan untuk mengubati penyakit dalam mulut. Antaranya ialah penyakit keputihan dalam mulut (bintik-bintik puteh kecil dalam mulut manusia). Kata tuan guru Prof Datu Dr Harun Din kita banyak mengamalkan petua-petua dari orang lama selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Islam dan yakin bahawa yang menyembuhkan itu hanya Allah. Antaranya budak kembung perut diubat dengan mengambil sudu umpama dikaut perutnya dengan isyarat membuang penyakit kembung itu. Sakit mata terkena lada jika mata kanan maka dibasuh ibu jari kaki kiri,jika mata kiri maka dibasuh ibu jari kaki kanan. Jika kedua-duanya maka dibasuh kedua mata.Tersekat tulang di leher maka gunakanlah kaki kucing yang jinak, jika tulangnya jauh ke dalam maka kita garukan kaki kucing isyarat ke dalam. Jika tulangnya dekat di luar kerongkong leher maka garukan kaki kucing yang jinak isyarat keluar. Maka dengan izin Allah sembuhlah penyakit itu